- Penyambut Bayi
Untuk pengetahuan anda orang yang terbaik untuk menyambut bayi ialah bidan atau doctor Muslimah. Sekiranya tiada, maka keutamaannya boleh diserakkan kepada doktor perempuan non- muslim, seterusnya kepada Muslim dan akhirnya kepada doktor non-Muslim. Ini semua merujuk kepada fiqh aurat wanita di dalam Islam.
2. Persekitaran Tempat Bersalin
Bilik bersalin adalah tempat si ibu berjuang dengan nyawanya untuk melahirkan anak. Justeru, pastikan tempat tersebut bersih. Selain itu, galakkan si bapa untuk berada sekali semasa persalinan sebagai sokongan moral. Si bapa bolehlah memainkan peranan mengurangkan kesakitan si ibu dan juga membaca doa atau sekadar memasang alunan bacaan al-Quran. Biar si ibu sentiasa teringat Allah dan biarlah si bayi mendengar kalam Allah sebagai kalimah pertama ketika mengunjungi alam dunia ini.
3. Menghebahkan Dan Ucapan Tahiniah
Untuk pengetahuan anda semua adalah disunatkan untuk menghebahkan kelahiran anak terutama kepada si bapa dan juga kepada kaum keluarga dan rakan taulan. Dalam Al- Quran, ketika Allah mengkhabarkan cerita mengenai kelahiran Yahya kepada Zakariya, Allah menggunakan perkataan menggembirakan atau memberitakan berita gembira [rujuk Ali Imran : 39 dan Maryam:7]
4. Azan Dan Iqamat
Sejurus selepas kelahiran anak. Si bapa atau walinya disunatkan untuk memperdegarkan bacaan azan di telinga kanan dan iqamat di telinga kiri anak. Ini berdasarkan sepotong hadith riwayat Abu Daud dan Al-Tarmizi menyatakan yang nabi berbuat demikian ketika kelahiran al-Hasan bin Ali. Ada yang mengkritik hadis ini kerana statusnya dho`if.
5. Tahnik Anak
Selepas anaik itu dilahirkan tahnik amat digalakkan. Orang Melayu biasa menyebutnya dengan istilah membelah mulut. Untuk lakukan perkaran ini adalah dengan cara menguyah tamar atau melumatkan tamar dengan jari, lalu letakkan tamar yang sudah lumat itu ke hujung jari, dimasukkan perlahan-lahan ke mulut anak dan dirantai tamar tadi ke seluruh bahagian lelangit bayi. Ketika ketiadaan tamar, bolehlah digantikan dengan apa jua makanan lembut yang manis. Hikmahnya ialah untuk menguatkan gusi, urat mulut bayi serta menggalakkannya untuk minum susu ibu. Digalakkan tahnik itu dilakukan oleh ibu bapanya sendiri atau orang yang soleh supaya berlaku aliran barakah [khilaf]. Pengulangan tahnik oleh beberapa orang di masa yang berbeza juga tidak menjadi halangan.
6. Mencukur Rambut Bayi
Sunat dicukurkan rambut bayi secara licin pada hari ketujuh kelahiranya. Kemudian ditimbang rambut tersebut dan disedekahkan nilai beratnya berbanding perak kepada faqir miskin. Menurut Abdullah Nasih Ulwan di dalam kitab Tsrbuyatul Aulad, terdapat dua hikmah galakan mencukur rambut bayi. Pertamanya, untuk menguatkan kepala si anak, dengan cara membuat lubang rambutnya dan sekaligus mengukuhkan panca indera berhampiran. Keduanya ialah hikmah sosial iaitu bersedekah dan saling bantu-membantu kepada yang memerlukan.
7. Memberikan Nama Anak
Ibu dan bapa disunakan memberikan nama anak sama adapada hari pertama atau hari ketujuh. Khilaf ini berdasarkan hadis yang melaporkan Rasulullah memberi nam anak baginda dengan nama moyang baginda Ibrahim sejurus selepas kelahirannya, sementara dalam hadis yang lain Rasulullah memberikan nama al-Hasan dan Al-Husein serta ramai yang lain pada hari ketujuh.
Digalakkan untuk memberi nama anak dengan makna yang baik. Sebahagian ulamak menyatakan bahawa sebaik-baik nama ialah nama yang dipuji seperti Ahmad, Muhammad, Mahmud dan Hamadah serta nama yang disembah seperti Abdullah, Abdul Basit, Abdul Razak dan lain-lain.
Diharamkan memberi nama anak dengan nama hamba selain Allah, seperti Abdul Nabiy. Haram juga memberikan nama Allah tanpa didahulukan Abdul sebelumnya. Begitu juga memberikan nama yang buruk maknanya.
8. Aqiqah
Secara literal, maksunya ialah memutuskan. Daripada sudaut syara`, maksudnya ialah menyembelih haiwan untuk anak yang dilahirkan kerana Allah. Hukum aqiqah adalah khilaf dikalangan ulamak. Majoritinya termasuk mazhab Shafie menggalakannya (sunat). Sementara mazhab Hanafi pula tidak mewajibkannya.
Haiwan aqiqah juga menjadi khilaf akademik ulamak. Majoriti menyatakan untuk anak lelaki, dua ekor kambing, sementara anak perempuan seekor kambing. Sebahagian ulamak menyatakan menurut zahir hadis, memadai anak lelaki itu aqiqah dengan seekor kambing sahaja.
Masa untuk aqiqah disunatkan pada hari ketujuh. Akan tetapi boleh dilanjutkan sehingga mampu. Sunat hukumnya aqiqah ini tertakluk kepada kemampuan. Sekiranya kemampuan itu sampai ketika usia dewasa, maka pahala galakan aqiqah akan tetap diperolehi.
Makruh mematahkan tulang aqiqah. Penyembelih dan pembantu digalakkan memotong haiwan aqiqah pada sendinya sahaja. Sunatnya ialah untuk menzahirkan kesungguhan melalui kesempurnaan anggota haiwan aqiqah ketika agihan, dan semoga anak itu mendapat barakah sihat dan sempurna tubuh badan.
9. Sunat
Hukum khitan atau bersunat juga adalah khilaf sama ada wajib atau sunat. Di dalam mazhab Shafie, Hanbali dan Maliki, hukumnya adalah wajib bagi anak lelaki. Imam Ahmad turut mewajibkannya untuk anak perempuan. Mengenai waktu berkhitan, digalakkan untuk melakukannya sama ada pada hari pertama atau hari ketujuh kelahiran. Akan tetapi ianya boleh dilaksanakan sehinggalah ke umur mukallaf. Berkhitan mempunya hikmah yang pelbagai, antaranya ialah sebagai tanda keseriusan Islam terhadap kesucian anak.
10. Doa
Anak-anak perlu dilihat sebagai saham kita untuk masa hadapan. Ini kerana ketika kita meninggal dunia nanti, doa anak yang soleh ialah antara amalan yang akan berterusan sampai kepada diri kita. Justeru, janganlah putus daripada mendoakan anak kita menjadi anak yang soleh.