10 perkara para wanita boleh menjadi isteri solehah.

Setiap wanita, pasti mahu mahu menjadi isteri yang solehahkan ?, menjadi isteri yang baik adalah dengan menjaga makan-minum suami, memberi kasih sayang dan sebagainya.

Ini senarai 10 perkara sebenarnya tanggungjawab isteri untuk menjadi isteri solehah

1.Taat dan baik kepadanya

Sewaktu kecil lagi, seoarang anak perempuan perlu taat kepada ibubapa. selepas bernikah, taatlah kepada si suami. tetapi tak semua perlu dituruti, ia boleh berbincang dengan baik seandainya ada perkara berbangkit di antara pasangan.

2. Berkhidmat dengan rasa puas

Ikhlaskan diri dalam melaksanakan tugasan di rumah tanpa ada perasaan ingin mengungkit.

3. Menjaga hartanya

Tak kira suami miskin atau kaya, isteri perlu menjaga harta milik suami. belajar bersyukur dengan apa yang tanpa membebankan suami.

4. Memelihara kehormatan serta keluarganya.

Jangan memburukkan suami di hadapan orang, jagalah aibnya dan pelihara keluarganya seperti mana anda menjaga keluarga anda.

5. Jangan membangkang perintahnya.

Jika tidak mentaatinya (suami), bererti anda telah melukaai hatinya. berkomunikasi dengan baik sekiranya meyuarakan pendapat.

6. Jaga rahsianya.

Jagalah rahsia rumahtangga anda, jangan sesekali membongkarkan rahsia kepada orang lain kerana ia adalah aib anda sendiri juga.

7. Memerhatikan waktu tidurnya

Isteri perlu tahu waktu tidur suami dan peka sekiranya suami kelihatan letih dan memerlukan rehat. jangan buat drama suruh buat ni buat tu “popek,popek” pulak bila si suami balik dengan letih lepas kerja. bergaduh kang.

8. Peka waktu makannya

Sebagai istri janganlah membiarkan suami lapar. jaga seperti kita, suami juga akan menjadi emosi ketika lapar.

9. Memerhatikan bau yang diciumnya

Berwangi-wangianlah apabila bersama suami, jaga kerbersihan dirimu dan kediaman agar suami sentiasa selesa berada di sampingmu.

10. Memerhati tem[at pandangannya.

Jadilah diri anda sentiasa cantik di mata suami, pilih pakaian bersih dan cantik dan bersolekkan dengan warna menarik untuk suami.

Leave comment

Your email address will not be published. Required fields are marked with *.