10 Tips Berjumpa Bakal Mertua Untuk Pertama Kali

Perjumpaan untuk kali pertama dengan bakal mertua sudah pastinya akan membuat anda nervous. Ada yang sampai tahap tak boleh tidur dibuatnya kerana terlalu memikirkan perkara ini. Semua orang tahu perkhawinan adalah satu perkara yang sangat indah. Namun sebelum mendirikan masjid sendiri kita perlu ada cara dan langkah yang tertip demi menjalin kemersaan antara dua pihak.

1.Rancang Pertemuan

Masa adalah penting dalam membuat temujanji atau aturan bertemu keluarga mertua. Pemilihan masa yang tepat dapat menentukan keadaan dan suasa pertemuan.Elakkan pertemuan mengejutkan atau dating bukan waktu genting serta pilihlah tarikh yang sesuai.

2.Jaga Penampilan DIri

Tanggapan pertama keluarga mertua terhadap menantu amatlah la penting dalam keperipadian anda. Hai ini demikian kerana mertua anda perlu membuat keputusan yang terbaik dengan menyerahkan kehidupan anaknya kepada anda. Mereka akan analisis sendiri para menantu yang ada pilih. Contohnya pakaian yang paling sopan adalah baju kurung.

3.Tunjukkan Adab Yang Sopan Dan Kerajinan

Anda perlu tunjukkan akhlak yang baik. Pertuturan yang baik dan sifat yang terpuji itu sendiri menggambarkan keperibadian anda. Bagi perempuan amat digalakkan untuk ringan tulang membantu bakal mertua membuat kertja rumah seperti memasak dan basuh pinggan.

4.Biarlah Sederhana

Sentiasa bersederhana dalam segala perlakuan anda. Kerana sifat bersederhana dituntut oleh syarak dan juga menyejukkan mata yang memandang.

5.Jaga Diri Sendiri, Jangan `Fake`

Perkara yang baik dan perlu dijadikan tabiat adalah menunjukkan keperibadian anda yang sebenar dengan mertua sepertimana anda terhadap pasangan anda.

6.Ada Pengetahuan Agama Yang Kukuh

Pengetahuan tentang agama amat penting kerana adalah tunggak kebahagiaan dan kewajipan keluarga. Selain itu, ilmu tersebut juga akan menjadi panduan kepada anak-anak yang akan lahir kelak.

7.Soal Selidik Bakal Mertua

Berjumpa pihak mertua, eloklah membuat soal-selidik dahulu melalui pasangan anda.Mengelakkan salah faham dan juga mengetahui cara yang betul untuk menambat hati pihak mertua.

8.Pandai Manbuka Biacara/Memulakan Topik Perbualan

Tak kira dalam apa jua komunikasi, pembukaan bicara adalah yang paling sukar dilakukan terutama apabila di dalam keadaan yang janggal lebih-lebih lagi anda tidak mengenali satu sama lain.  Apa yang terbaik ialah cuba berbual secara spontan dan natural, supaya tidak nampak seperti sudah dirancang .

9.Bawa Buah Tangan

Buah tangan adalah simbol penghargaan kepada pertemuan anda dan pihak mertua. Ianya juga dapat dijadikan topik perbualan. Tapi menurut saya bawa buah-buahan pun sudah mencukupi.

10.Kenal-kenal Dengan Bakal Abang/Kakak/Adik Ipar

Jangan sesekali menunjukkan muka sombong. Apabila bakal mak mertua kenalkan satu persatu anak dia, ini membolehkan anda menjadi lebih rapat dengan keluarga bakal mertua.

Leave a Comment

Your email address will not be published.