47 cara senang untuk bahagiakan isteri, tak payah keluar duit banyak pun!

Para suami selalu ingat nak bahagiakan istri ini susah dan perlu mengeluarkan banyak duit. Mereka anggap semua isteri mahu suami yang romantik, selalu bagi duit dan sebagainya. Tapi apa yang mereka tak tahu, senang saja pun jika nak bahagiakan istri ini. Hati seorang wanita mudah tersentuh. Cukuplah kalau suami bijak bagi hati isteri berbunga-bunga.

Itupun sudah mampu buat mereka bahagia. Isteri juga faham memang ada sesetengah suami yang tidak romantik atau malu untuk melakukan benda-benda romantik. Sebab itu kami sediakan 47 cara bahagiakan istri ini. Ia sungguh mudah dan tak perlu mengeluarkan duit yang banyak. Apa yang mampu membahagiakan seorang wanita ialah diberi perhatian oleh pasangannya. Bagaimana nak beri perhatian?Dengan 47 cara bahagiakan istri inilah! Tak percaya cuba anda buat salah satu dari perbuatan ini:

47 cara bahagiakan isteri – tak perlu keluar duit banyak pun!

  • Bagi video sweet – cuba kirim video tersebut dalam whatsApp, pasti isteri tersenyum
  • Pasang lagu kegemaran isteri
  • Jika anda lihat isteri sibuk menjaga anak, cuba anda tolong masak untuknya
  • Tulis ucapan terima kasih atau penghargaan pada isteri sepanjang perkahwinan. Isteri pun nak rasa dihargai juga!
  • Ambil alih menjaga anak sekejap. Bagi isteri waktu untuk berehat sekejap
  • Buat sebarang perhiasan yang lucu dan beri pada isteri
  • Hadiahkan buku yang isteri teringin sangat nak baca — tak kiralah buku puisi atau novel
  • Ajak isteri menari dalam rumah. Dengar lagu dari Spotify saja
  • Buat video dari semua koleksi gambar kalian
  • Bangun awal dan siapkan sarapan buat isteri, lebih best kalau dihidang atas katil
  • Tengok filem kegemaran isteri sebelum tidur
  • Tulis surat cinta untuk isteri, pasti dia tersenyum sepanjang hari!
  • Mention atau tag isteri pada FB atau IG dengan kata-kata yang bagus.
  • Ajak anak buat surprise untuk isteri
  • Cukur janggut dan misai anda!
  • Sediakan satu hari khas untuk bersama isteri
  • Ajar anak menyanyi lagu kegemaran isteri
  • Pakai baju yang isteri beli
  • Bersenam sama-sama
  • Berikan kejutan dalam beg tangannya
  • Untuk bahagiakan istri, cuba lakukan kerja rumah untuknya. Bantu dia sekejap!
  • Buat kek brownies
  • Tawarkan diri untuk jaga anak
  • Bagi isteri memanjakan diri di spa
  • Hantar mesej nakal dan romantik di siang hari
  • Tinggalkan nota di sekitar rumah
  • Tunjuk benda lawak pada isteri
  • Pasang lagu kegemaran isteri saat bersenggama
  • Bawa isteri ke tempat yang dia nak pergi
  • Ceritakan pada isteri benda lucu saat anda masih kecil
  • Hargai benda-benda kecil yang isteri buat. Mungkin cara dia memasak atau cara dia senyum setiap pagi
  • Buat kuiz online yang ada
  • Tengok wayang berdua
  • Cari gambar-gambar lama dan kenang zaman lalu
  • Beri pujian pada isteri di depan orang
  • Beri ciuman setiap pagi hari
  • Bawa isteri berjalan-jalan
  • Beli chocolate kegemarannya
  • Beli ais krim kegemarannya juga!
  • Telefon isteri ketika anda di tempat kerja
  • Rakam video lucu dalam telefonnya
  • Urut isteri anda
  • Berkhelah di taman
  • Puji isteri anda itu.
  • Ajak anak memasak dan surprise isteri
  • Tanam pokok sama-sama
  • Beri hadiah yang bertahan lama

Ha, senang saja kan? Bolehlah anda lakukan 47 benda ini untuk bahagiakan istri anda. Apa salahnya jika mereka diberi perhatian lebih sikit dari anda. Penat lelah mereka menjaga anak dan menguruskan rumah tangga itu sendiri sudah tidak ternilai.

Leave comment

Your email address will not be published. Required fields are marked with *.