Berpindah baru memang sangat menyeronokkan, terutama selepas berkahwin dan mempunyai anak. Namun begitu, anda perlu tahu bahawa ada banyak perkara yang mesti didahulukan untuk pastikan keadaan rumah dalam keaadaan baik.
1.Laungkan Azan
wajib buat ketika pertama kali masuk rumah baru, Nabi SAW pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah bangunan(premis/rumah) itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni), ia pasti akan dimasuki makluk halus (jin yang dikenali sebagai Al-Ammar), yang suka tinggak di rumah yang tidak berpenghuni.
2. Baca Surah Al-Baqarah
waktu malam pertama, perlu habiskan surah tersebut, sekurang-kurangnya pasang surah itu di dalam rumah. biarla ia bergema seluruh rumah. syaitan dan jin akan lari sebaik ini dibacakan. Lengkapkan dengan bacaan yassin, Nabi SAW bermaksud ” Janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur, sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan surah Al-baqarah”.
3.Baca Surah Yassin, Al-Fatihah dan Al-ikhlas
Amalkan bacaan tersebut di waktu malam. baca surah Al-Fatihah 1 kali, surah Al-ikhlas 3 kali, selawat ke atas nabi 7 kali, ayat kursi 1 kali, tetapi di ayat terakhir bacalah sebanyak 7 kali.
4.Solat dan membaca Al-quran
Jangan tinggakkan solat dan amalkan bacaan Al-quran kerana ia pendinding kita umat islam. Rasulullah menggalakan kita perbanyakkan solat dan membaca Al-quran di rumah atau tempat baru diduduki. Baginda bersabda yang bermaksud: ” Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca al-quran.” (hadis riwayat Al-Baihaqi)
5. Pagar Rumah
Pagarlah rumah dengan renjisan air yassin pada setiap penjuru rumah. lengkapkan dengan bacaan yassin setiap hari sepanjang hari. Insyaallah rumah akan dilindungi.