Untuk mengumpul wang demi membina rumah tangga memang memenatkan dan sukar. Ia memerlukan masa yang panjang namun begitu, terdapat sesetengah pasangan yang mengambil jalan yang mudah seperti membuat pinjaman bank yang banyak sehingga mengabai risiko yang akan menyusahkan rumah tangga kelak terutama yang tidak berkemampuan.
Antara sebabnya adalah:
1.Semakin besar hutang, semakin terbeban
Apabila membuat pinjaman yang besar, ia amat membebankan diri malah seluruh rumah tangga. Anda perlu membayar hutang serta bunga yang telah ditetapkan oleh pihakk tersebut. ini membuatkan anda sukar lari dari bebanan ini. jika melengahkan bayaran, semakin tinggi beban ditanggung.
2. Perlu tunda keinginan dan kemahuan
apabila berhutang, anda terpaksa tunda sesuatu anda inginkan sehingga terpaksa mengusahakan sesuatu semata-mata hanya bayar hutang sahaja. Malah bukan itu sahaja, anda terpaksa tunda sedikit keperluan untuk rumah tangga terutama barangan bayi seperti “pempas” dan sebagainya.
3. Kurang keselesaan rumah
Anda pasti akan terbeban dengan hutang-hutang seperti hutang rumah, kereta, dan banyak lagi. pasti ini buat anda tidak selesa dirumah. dahlah wang itu nak bayar bil air, bil api, silap-silap terpaksa bayar sikit hutang itu untuk dibayar selebihnya bil-bil tersebut.
4. Ambil masa yang lama untuk selesaikan
Kadang-kadang terpaksa megambil masa yang teramat lama untuk melunaskan hutang tersebut sehingga mengambil dalam 4,7 tahun menyelesaikannya. Sanggup ke ?.
5. Punca salah faham dan perbalahan
Bila tertekan bebanan hutan, secara tidak lagsung ia akan terjadinya perbalahan antara pasangan. Malah juga melibatkan antara keluarga mertua yang turut terlibat sehingga terjadinya penceraian pasangan anda.
Allah SWT berfirman: Dan bagimu (suami) satu perdua daripada harta ditinggalkan isterimu, jika mereka tidak mempunyai anak. Jika isterimu itu mempunyai anak, maka kamu mendapat satu perempat harta ditinggalkannya sesudah dipenuhi wasiat yang mereka buat atau (dan) selepas dibayar hutangnya. (Al-Nisa’: 12)