5 Tanggungjawab Suami Dalam Islam – Ehem, Suami Jangan Ambil Lewa Pula!

Sebaik saja akad nikah dilafazkan, seorang lelaki serta-merta telah menggalas tugas sebagai suami kepada wanita pilihannya. Tetapi sejauh mana anda tahu tentang tanggungjawab suami dalam Islam di dalam rumah tangga? Walaupun pada zaman moden ini, ramai wanita yang turut sama bekerja untuk membantu keluarga, namun nafkah suami terhadap isteri tidak boleh dipandang lewa.Jika seseorang isteri mampu untuk membiayai dirinya sendiri, suami tidak boleh sekali-kali menggunakan wang isteri tanpa keizinan si isteri.

Tanggungjawab Suami Dalam Islam: Apa Yang Perlu Disediakan Kepada Isteri?

Selain nafkah zahir dan batin, para suami harus tahu apa yang perlu disediakan kepada isteri supaya perhubungan anda mendapat keberkatan. Berikut merupakan tanggungjawab suami yang perlu dilunaskan kepada isteri:

  1. Menyediakan Rumah Yang Selesa

Sebaiknya, suami sediakan rumah kepada isteri untuk menginap sebaik sahaja anda diijabkabulkan. Rumah yang disediakan tidak perlu besar dan mewah, namun cukup sekadar selesa dan bersih untuk anda berdua mengikut kemampuan suami.

2. Menyediakan Makan dan Minum

enyediakan makan minum seorang isteri termasuklah menyediakan wang kepada isteri untuk berbelanja membeli bahan basahan di dapur. Mungkin ada di kalangan suami yang leka apabila isteri menggunakan wang saku yang dibekalkan suami untuk membeli makanan, padahal sepatutnya suami memberi wang berasingan untuk tujuan itu. Namun, tidak salah sekiranya isteri menggunakan wang sendiri asalkan dia redha, dengan niat tidak mahu membebankan suami.

3. Menyediakan Pakaian dan Perhiasan

Suami wajib menyediakan pakaian yang elok dan bersih kepada isterinya. Sebaiknya yang manis dipandang dan menutup aurat. Peliharalah aurat isteri dengan membelikan persalinan yang sesuai untuk pandangan umum dan gunakan peluang ini untuk mendapat pahala. Isteri wajib mendapat 2 persalinan setahun, ini merangkumi pakaian dalam dan pakaian luar dari kepala ke kaki (kasut). Wanita juga diketahui suka berhias, jadi suami seeloknya memberikan hadiah perhiasan untuk isteri selagi barang perhiasan tu tidak berlebih-lebih dan memenuhi syarak.

4. Perubatan

Sediakan duit untuk menampung perubatan isteri, sekiranya isteri ditimpa sakit secara tiba-tiba. Kita tidak boleh menjangka sekiranya sesiapapun di dalam keluarga yang akan jatuh sakit jadi sebaiknya disediakan tabung kecemasan sepanjang masa.

5. Menyediakan Pembantu

Perlulah suami ketahui yang isteri bukannya orang gaji yang dikahwini semata-mata untuk melunaskan kerja rumah semata-mata.Isteri seharusnya dijaga sebaik mungkin dan tanggungjawab mengemaskan rumah hanyalah ehsan dari isteri buat suami.Namun sekiranya isteri melakukan pekerjaan tersebut, isteri harus melakukan dengan ikhlas dan akan mendapat pahala. Buat para suami, sekiranya mampu, sediakan pembantu untuk isteri anda terutamanya semasa isteri dalam keadaan berpantang.

Leave a Comment

Your email address will not be published.