Bertunang adalah fasa permulaan sesebuah hubungan sebelum terbinanya ikatan perkahwinan. Namun tidak semua pertunangan itu indah dan bahagia.  Lumrah bertunang ada pasang surutnya. Kadang bahagia , kadang derita. Oleh itu , saya nak share sikit 5 tips untuk menjaga hubungan pertunangan korang supaya tidak terbabas.

#1. Jangan Terlalu Terburu-Buru

Anda janganlah bincang pasal anak nak berapa, anak nak nama apa, atau lain-lain. Hal sebegitu tak perlulah anda nak bincang sepanjang pertunangan uolls. Boleh jadi rimas pasangan anda bila nak kena fikir hal-hal remeh tu.

#2. Menahan Diri

Sesetengah pasangan yang dah bertunang selalu berangapan bertunang boleh lakukan hubungan seperti suami isteri. JANGAN ! HARAM! Belum sah lagi. Simpan dulu kenangan dan keinginan anda tu sampai anda dah berada ke alam perkahwinan korang. OKAY !

#3. Rakan-Rakan

Walaupun korang dah bertunang, rakan-rakan korang janganlah korang lupakan. Luangkan masa bersama. Share masalah dan kegembiraan korang dengan mereka.

#4. Masalah kewangan.

HAH ! Ini adalah masalah yang terbesar sekali yang selalunya jadi punca putusnya hubungan anda. Anda harus minimumkan perbelanjaan anda supaya nanti kewangan anda stabil apabila berumah tangga nanti.

#5. Menerima Keburukan Pasangan.

Kenalinya terlebih dahulu dan terima keburukan dan kelemahan pasangan korang, jangan terus minta putus. Setiap manusia itu mempunyai kelemahan yang tersendiri.

Leave comment

Your email address will not be published. Required fields are marked with *.