5 Tips Move On Dari Bekas Kekasih

  1. Jangan Buka Radio

Perasan tak setiap kali tengah sedih tengah berduka, asyik keluar lagu-lagu sedih kan ? Pernah tak perasan? hihi. So, buat masa ni jangan buka radio dalam sebulan dua, dengar je lagu di Youtube. Dan dengar lagu-lagu yang rock yang enjoy sikit supaya korang tak melayan perasaan sedih sangat.

2. Gambar

Semestinya kalau masa bercinta, gambar si dia sahaja yang penuh dalam storage korang atau pon letak dalam wallet kan ? Apa lagi…! Buang sahaja. Jangan disimpan kenangan yang tak pasti yang tak wujud dah tu. Buang je semua gambar dia. Kalau ada simpan dalam bilik tu, pun buang. Jangan simpan walau pun gambar dia. ok!

3.Block Laman Sosial

Kat bio FB or Instagram mesti letak in relationship kan ? Or letak dp dengan si dia. Dah putus ni, paham-paham lah , delete apa yang patut didelete tu dan korang terus block dia dari jadi friendlist korang. Baru cepat nak move on.

4.Sibukkan Diri

Waktu kerja cuba banyakkkan kerja yang dibuat, sampai korang stress dengan kerja dan buatkan korang tak ingatkan dia langsung. Lepas balik kerja, spend time dengan keluarga atau kawan-kawan atau cari ketenangan pergi lah mana-mana.

5.Redha

Last sekali, walau apa jua rasa sakit kita dengan apa yang berlaku ni, penting nya adalah kita redha. Redha adalah sebaik-baiknya penyelesaian nya. Dan percaya lah , apa yang korang dapat harini sebenarnya Allah nak elakkan korang daripada berjumpa dengan orang yang salah supaya di masa akan datang korang lebih matang untuk memilih pasangan korang.

Leave a Comment

Your email address will not be published.