6 Alasan suami Jangan Sakiti Isteri, Kalau Tak Nak Rezeki Makin Jauh

  1. Isteri rasa tak bahagia

Jika isteri dilukai semestinya seluruh keluarga juga akan terkena kesannya sehingga mengganggu tugasan harian seorang isteri dalam sesebuah rumah tangga. Namun apabilaisteri rasa bahagia, secara tidak langsung isteri akan menjadi perangsang terbaik untuk suami mencari lebih banyak rezeki.

2. Isteri menjadi orang yang tidak bersyukur

Melukakan hati isteri sama ada dalam bentuk ucapan ataupun tindakan boleh membuatkan isteri menjadi seorang yang tidak bersyukur. Namun jika isteri disenangi oleh suami, pasti isteri bersyukur dan mendoakan rezeki suaminya terbuka luas kerana Allah akan mengurniakan banyak rezeki kepada mereka yang sentiasa bersyukur.

3. Isteri tidak ikhlas melayani suami

Isteri yang dilukai tentu sahaja akan melayani suaminya tidak ikhlas kerana ia mencerminkan sikap kecewa isteri terhadap tindakan suami. Apabila kedua-duanya bersikap negative ia akan membuatkan pintu kebaikan dan sumber rezeki tertutup. Namun jika suami melayani isteri dengan seikhlas hati dan bersyukur maka Allah akan menggandakan ganjaran rezeki yang begitu luas untuk dirinya dan keluarga.

4. Mood isteri terganggu

Apabila suami menyakiti isteri tentu sahaja isteri akan menyimpan perasaan sedih dan kecewa sehingga boleh memburukkan mood mereka. Perasaan negatif ini akan tersimpan di dalam hati sehingga menjejaskan hubungan suami isteri dan akhirnya menyebabkan berlakunya perttengkaran.

5. Isteri tidak menyokong suami

Jika sebelum ini sentiasa memberikan sokongan kepada suami dalam apa jua perkara, namun saat isteri dilukai sokongan tersebut mulai hambar. Perkara ini akan membuatkan suami rasa hilang semangat terutama sekali apabila ditimpa masalah.

6. Beri kesan terhadap anak-anak

Apabila mood isteri terganggu dan hati isteri dilukai, ia juga akan memberi kesan terhadap perkembangan anak-anak. Ini kerana anak-anak merupakan rezeki dalam rumah tangga.

Leave a Comment

Your email address will not be published.