6 Benda Ni Mungkin Nampak Simple Bagi Suami Tapi Sangat Bermakna Buat Isteri (No.6 Semua isteri Suka)

Untuk pengetahuan si suami untuk membuat isteri gembira sebenarnya bukanlah sukar. Tak semestinya hadiah mahal yang menjadi ukuran kerana perkara simple juga boleh memberi erti yang besar kepada isteri.

Nak lakukannya pun bukannya susah. Jadi wahai suami, anda haruslah peka dan jangan pandang mudah dengan 6 perkara ini. Meskipun nampak kecil tapi kalau buat gerenti isteri yang anda cintai bahagia.

  1. Jadilah Seorang Pendengar

Sudah menjadi satu kepastian dimana wanita memang banyak bercakap dan suka bercerita . Ada sahaja yang ingin disampaikan kepada pasangannya. Bagi menunjukkan yang anda seorang lelaki prihatin, cubalah beri perhatian kepada apa yang ingin diceritakan oleh pasangan.

Disini sekiranya anda menjadi seorang pendengar yang baik, ini  secara tidak langsung menunjukkan anda berminat dengan apa yang ingin diluahakannya, selain anda mengambil penduli tentang kehidupan yang dilaluinya. Malah anda juga akan dianggap lelaki penyabar kerana memberi ruang buatnya untuk bercerita.

2. Beri Perhatian Terhadapnya

Walaupun anda telah menjalankan tanggungjawab dalam memberi nafkah kepada isteri, itu tidak bermakna tugas anda sudah cukup untuk menggembirakan isteri.  Wanita sememangnya mengharapkan perhatian, lebih-lebih lagi pada orang dicintainya.

Misalnya ketika mood isteri sedang swing mungkin disebabkan kesakitan, haid, jiwa kacau atau sebagainya, cuba anda beri perhatian untuk tidak membebankan isteri dengan banyak perkara. Berikan ruang kepada isteri untuk mententeramkan jiwa sebelum meminta isteri masalahnya dengan anda.

3. Sering Bertanyakan Khabar

Anda akan dianggap seorang yang prihatin dengan wanita yang anda cintai jika anda sering bertanyakan khabarnya. Tak perlu nak tanya pasangan setiap jam kerana perbuatan itu mungkin akan merimaskannya.

Cukup sekadar memberikan pertanyaan ringkas seperti “Bagaimana sayang hari ini?” Percayalah, walaupun pertanyaan itu nampak remeh bagi lelaki tapi ia memberi erti yang besar buat wanita kerana menunjukkan yang anda peduli terhadapnya.

4. Telefon Sebagai Alat Komunikasi

Tidak dapat dinafikan di zaman serba moden ini komunikasi boleh dihubungkan dalam banayk cara. Ia bukan alasan tidak berkomunikasi dengan pasangan.  Samapai sahaja di pejabat, apa salahnya sekiranya menelefon pasangan untuk bertanyakkan sama ada pasangan anda selamat sampai ke pejabat atau tidak.

Atau mungkin menghubungi dan bertanyakan pasangan apa yang sedang dilakukannya sekarang. Walaupun komunikasi anda berdua ringkas sahaja dan dalam tempoh yang sekejap sahaja, namun cukup untuk menceriakann mood wanita tersebut.

5. Pegang Tangan Isteri

Tidak dapat dinafikan, setelah berkahwin ada sesetengah lelaki sering melupakan interaksi kecil ini. Walaupun isteri sudah menjadi milik anda perlu anda ketahui bahawa perbuatan menggengam tangan pasangan masih lagi releven dan sangat diperlukan wanita kerana ia menunjukkan betapa romantisnya anda berdua.

Anda sepatutnya rasa bangga menggenggam tangan isteri ketika berjalan dengannya. Selain menunjukkan sisi romantik, perbuatan memegang tangan ini membuatkan wanita rasa selamat berada di sisi lelaki yang dicintainya.

6. Berikan Pujian Dan Hadiah Istimewa

Jelas sekali disini tak ada seorang pun wanita yang tak suka dipuji. Oleh itu ringankan mulut anda untuk memberi pujian kepada isteri. Bukan hanya pujian cantik sahaja, sebenarnya banyak lagi pujian lain yang boleh suami berikan kepada isteri.

Misalnya memuji isteri kerana menjadi tukang masak paling sedap untuk anda. Ataupun mungkin memuji isteri pada perkara-perkara lain yang boleh memberi kejutan istimewa kepadanya. Apabila pujian ini diberikan kepada isteri, mereka akan terfikir yang anda sering memerhatikannya. Jangan lupa berikan hadiah sebagai tanda kasih sayang anda buat isteri tercinta.

Leave a Comment

Your email address will not be published.