Dalam sesebuah hubungan, perbuatan itu adalah lebih penting daripada kata-kata manis dalam memastikan ikatan yang terjalin sentiasa terjalin.
Sesiapa sahaja boleh mengucapkan kata-kata seperti ‘saya sayang awak’ tetapi berapa ramai yang sanggup berkorban untuk anda dan melakukan perkara yang adakalanya tidak masuk akal untuk anda. Walaupun sesuatu perkara itu perkara remeh namun sebenarnya menunjukkan perasaan sebenar kedua-dua belah pihak terhadap satu sama lain dan keadaan hubungan seseorang itu. Ini adalah 5 situasi yang boleh menjadi petunjuk sama ada anda atau pasangan berada dalam keadaan tidak bahagia
1. Tiada lagi luahan hati
Perbualan dari hati ke hati itu sebenarnya menunjukkan anda peduli terhadap pasangan dan merasakan mereka insan paling penting untuk mengetahui segala di hati. apabila anda atau pasangan mula mengelak daripada bercakap tentang hal-hal penting keadaan ini perlu diberi perhatian. Ini kerana ia memberi petanda bahawa anda tidak lagi berminat dalam hubungan itu malah dalam situasi lebih buruk ia boleh menimbulkan perasaan benci sehingga akhirnya rasa tidak bahagia itu muncul.
2. Tiada lagi panggilan sayang
Panggilan nama seperti sayang, baby, honey dan sebagainya mungkin kedengaran biasa tetapi ia juga penting dalam mengeratkan ikatan suami isteri. Ini kerana panggilan manja itu menunjukkan perasaan anda terhadap pasangan dan ia antara cara meluahkan rasa kasih di antara suami isteri.
3. Tidur pada waktu yang berbeza
ia memberi kesan cukup besar apabila pasangan akan mula merasakan mereka tidak lagi penting. Bayangkan sebelum ini, masuk tidur bersama, bangun bersama – melakukan aktiviti berkualiti bersama namun kerana waktu tidur berbeza ia menunjukkan bukan sahaja anda tidak berminat dengan pasangan.
4. Terima Kasih
Terima kasih itu nampak remeh tetapi ia sebenarnya penunjuk jelas tahap hubungan anda. jika dahulu anda sering berterima kasih dan kini tidak lagi berupaya menzahirkan penghargaan buat pasangan ia petanda hubungan anda menjurus ke arah kehancuran. Ini kerana anda tidak bahagia sehingga tidak lagi memberi perhatian terhadap hal-hal remeh dilakukan pasangan dan mungkin anda tidak menyedari tentang pentingnya ‘terima kasih’.
5. Tiada lagi kiriman mesej atau ciuman selamat malam
Kadang-kadang perkara paling kecil dan remeh boleh menunjukkan betapa sayangnya anda terhadap pasangan. Kiriman mesej ringkas bertanya tentang khabarnya di tempat kerja atau memberi ciuman di malam hari menunjukkan mereka adalah insan yang sentiasa dalam fikiran anda.
6. Tiada lagi solat berjemaah bersama-sama
Bagi suami isteri, solat berjemaah amatlah penting demi mendapat keredhaan dari NYA. Sekiranya tidak lagi megamalkanya. maka kebahagian itu pasti musnah. Hal ini kerana, tiada lagi keredhaan NYA yang disebabkan keabaian tanggungjawab pasangan suami isteri.