Setiap wanita impikan sebuah majlis perkahwinan yang indah dan menggamit memori. Tema perkahwinan tradisional ala diraja, majlis persandingan di restoran serba sederhana tetapi meriah, aneka juadah yang mampu mengenyangkan tetamu, goodies disukai ramai bahkan gaun pengantin idaman yang diimpikan sejak di bangku remaja lagi.
Bila bercakap bab gaun pengantin, setiap daripada kita ada favourite masing-masing. Sebagai contoh tradisional songket, fabrik lace bagaikan Kate Middleton, cinderella ala Anzalna Nasir atau mungkin juga serba ringkas Meghan Markle.
Dan memandangkan kita hanya akan memakainya sekali seumur hidup, confirm kita mahu mendapatkan shot terbaik untuk setiap sudut gambar wedding dress bagi mencipta kenangan terindah.
Untuk memudahkan anda semua, nah Chenatamanis kongsikan caranya…
- Tergantung Indah
Snap gambar gaun kahwin anda yang sedang tergantung sebelum anda memakainya. Ini untuk mempamerkan siluet dan struktur dalam bentuk paling raw.
2. Bersiap Sedia
Sebelum anda mahu melangkah keluar dari bilik, snap satu gambar di beberapa minit terakhir. Ini sebagai menghargai masa anda bersama mak andam atau si pengapit yang bertungkus lumus menyiapkan hari bahagia anda.
3. Perincian Sulaman
Close-up shot untuk setiap perincian busana pengantin bagi mempamerkan keindahannya. Mungkin pada butang di pergelangan tangan, sulaman halus renda, ropol di bahagian leher atau hijab comel menutupi kepala
4. Dari Belakang
Kebanyakkan gambar anda hanya mempamerkan bahagian depan sahaja- jangan lupa untuk memperlihatkan padangan 360 darjah pula, mana tahu ada element kejutan
5. Secara Spontan
Spontan di sini bermaksud ketika anda sedang berjalan ke pelamin atau sedang bermain-main dengan kain – orang kata candid shot yang menunjukkan momen paling gembira dan bahagia kamu.
6. Editorial
Editorial lagaknya ala-ala gambar majalah. Gambar sebegini sesuai sangat digantung di bilik atau nak glamor di ruang tamu.