Ramai suami mengabaikan perasaan isteri mereka kerana menganggap isteri umpama cuaca, selau tidak menentu. Sekejap dia ok, sekejap dia tidak. Jadi jalan penyelesaian menjadi pilihan adalah buat tidak tahu sajalah.
Tapi sebenarnya, tanggapan suami itu salah. Seorang isteri memang sukar untuk diduga. Tapi mengapa? Ini keran mereka sering “makan hati” dan mendiamkan diri, walaupun sebernanya mereka tidak bahagia.
Apabila suami mengabaikan perasaan isteri, maka mereka pun akan rasa seperti tidak diperlukan suami, malah, mungkin rasa kecewa hingga ingi bercerai. Terutamanya pada zaman serba moden, tidak dapat dinafikan kebanyakkan perempuan kini sudah mampu berdikari dengan sendiri
Jadi untuk para suami. Ayuh ambil tahu tanda-tanda amaran ini sebagai satu rujukan. Anda pasti tidak mahu mahligai yang anda sudah bina susah payah ini berkecai begitu sahaja, kan?
Jom lihat apa tanda-tanda suami mengabaikan perasaan isteri hingga isteri tidak bahagia.
8 Tanda Suami Mengabaikan Perasaan Istri Hingga Isteri Tidak Bahagia
- Sering Marah
Tiada isteri yang ingin marah tanpa sebab. Percayalah, pasti ada sebab kenapa isteri anda itu selalu mrah-marah! Antara sebabnya adalah seperti diulas di sini. Jadi suami, pekalah dengan perasaan isteri. Mereka juga
2. Tidak mahu bersembang
Ini merupakan fakta penting yang anda sebagai suami perlu tahu mengenai wanita yang mana mereka sangat suka bersembang. Jadi sekiranya isteri anda memilih untuk tidak bersembang dengan anda, pasti ada sesuatu yang difikirkannya. Mungkin juga mereka tawar hati dan mengambil keputusan untuk mediamkan diri mereka.
3. Tidak Ambil Peduli Lagi
Anda sepatutnya perasaan sekiranya isteri anda tidak lagi mengambil penduli mengenai diri anda! Dalam masa yang sama nak bertentangan mata sesama sendiri pun agak sukar. Ha… itu pun satu tanda isteri tidak bahagia.
4. Selalu Penat
Disini terdapat satu kajian yang dilakukan UCLA mendapati, iisteri yang tidak bahagia adalah individu yang memiliki kadar kortisol yang lebih tinggi, inimembuatkan mereka lebih cepatpenat.
5. Menjauhkan Diri Dari Anda
Isteri akan bertindak tidak mempedulikan hobi atau rutin anda. Malah, dia juga mungkin akan keluar rumah atau duduk dalam bilik asing, seolah-olah ingin menjauhkan diri dari anda.Ketahuilah, walaupun nampak lembut, tapi hati seorang isteri yang sudah tawar lebih keras daripada itu!
6. Simpan Rahsia Seorang- seorang
Saat isteri mula menyimpan rahsia dari anda, cepat-cepatlah ajaknya berbincang. Ambil tahu tentang masalahnya. Ia kerana, menyimpan rahsia adalah tanda paling jelas isteri tidak percayakan anda, malah tidak bahagia dengan perkahwinan ini!
7. Mula Fikir Tentang Dirinya Sendiri
Seorang isteri yang tidak bahagia dalam perkahwinannya akan jadi egois, sama ada dengan waktu, duit, atau emosinya. Jadi, jika dia sudah mula memikirkan tentang dirinya sahaja, mungkin dia mahu “angkat kaki” dari perkahwinan ini. Jika anda tidak mahu kehilangannya, ambil langkah segera!
8. Buat Sesuatu Yang Lain
Mengubah penampilan merupakan salah satu langkah move on yang digemari wanita. Ini memberikan mereka semangat yang mereka harus meneruskan hidup ini, walaupun tidak bahagia.
Jadi jaga-jaga, suami yang mengabaikan perasaan isterinya akan rugi kerana anda bakal kehilangan wanita istimewa itu kelak. Jangan biarkan keegoaan anda meranapkan rumah tangga sendiri!Kepada isteri, mungkin anda sudah lama memendam rasa. Kini tibalah masanya untuk suami memahami serba-sedikit perasaan anda.
Semoga perkongsian ini berguna!