Anda sedang mencari tutorial tentang cara menggunakan ‘preset ‘ Adobe Lightroom ?
Anda beruntung kerana anda telah menemui siri pelajaran percuma kami sebagai panduan mengedit gambar di dalam Adobe Lightroom.
Di sini anda akan belajar:
– Apakah definisi ‘Preset ‘ ?
– Cara Menggunakan ‘Preset’
– Cara mencari dan memasang ‘Presets’ baru
1- Cara Menggunakan ‘ Presets ‘
Lightroom mempunyai beberapa pelarasan dan tapisan ‘presets’ yang boleh digunakan untuk foto.
2-Apakah itu ‘Presets’ ?
‘Presets’ adalah pada dasarnya satu set pelarasan editan yang disimpan untuk menjadikan gambar lebih menarik. Jika anda nak tahu , anda juga boleh membuat ‘presets’ anda sendiri untuk digunakan nanti. Sebagai contoh , anda boleh menyunting tangkapan matahari terbenam yang indah dengan ketepuan yang sempurna dan menambah ‘effect’ lain. Hal ini lebih memudahkan anda daripada perlu melakukan ‘hyperlapse’ untuk pergerakan matahari terbenam .
Cari ‘preset ‘ Lightroom yang ada di sebelah kiri dan di bawah panel Navigator terdapat panel ‘ Preset’. Anda hanya perlu pergi ke panel ini dan tekan setiap ‘preset ‘ untuk menyaksikan setiap kesan ‘preset ‘pada gambar anda
3-Cara mencari dan memasang ‘Presets’ baru
Satu lagi perkara yang menakjubkan tentang aplikasi Lightroom ini adalah anda boleh mencari presets percuma dan dibayar secara dalam talian. Cari “Presets Lightroom” dalam talian untuk mencari presets. Muat turun sebarang ‘presets’ dan simpannya ke komputer anda.
Untuk memasang ‘presets’ ke Lightroom, klik kanan di mana-mana dalam panel ‘presets’. Klik Import. Kemudian cari fail ‘presets’ yang anda muat turun. Kemudian Lightroom akan memasang ‘presets’ itu, dan anda akan dapat menggunakannya setiap kali anda membuka Lightroom.
Anda juga boleh membuat folder dalam panel ‘Preset ‘ untuk mengatur ‘presets’ yang anda muat turun.
Kini anda telah berjaya dalam pelajaran tentang cara menggunakan ‘presets’ !
Sekian Terima Kasih.