Mas kahwin yang juga digelar sebagai mahar merupakan satu pemberian wajib kepada bakal isteri ketika upacara Ijab dan Qabul antara kedua pasangan. Mas kahwin ini boleh diberi dalam pelbagai bentuk mengikut adat. Di Malaysia, pemberi mas kahwin selalunya diberi dalam bentuk tunai bagi tujuan memudahkan urusan.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Mana-mana lelaki yang mengahwini perempuan atas sekurang-kurang atau sebanyak-banyak maharnya, tetapi tidak ada maksud (tidak mahu) membayar mahar tersebut sebagai haknya (perempuan yang dikahwini), setelah itu ia mati padahal belum lagi ia tunaikan (mahar tersebut), maka nanti ia bertemu Allah pada hari kiamat sebagai orang berzina |
Jelasnya disini semuanya bergantung kepada pengantin perempuan itu sendiri sama ada sesuai dengan kamampuan pengantin lelaki untuk menyediakannya, sesuaii dengan apa yang dipinta.
Negeri | Nilai Janda RM | Nilai Bujang RM |
Johor | 22.50 | 22.50 |
Melaka | 100.00 | 100.00 |
Negeri Sembilan | 12.00 | 24.00 |
Selangor | 300.00 | 300.00 |
Kuala Lumpur | 40.00 | 80.00 |
Perak | 101.00 | 101.00 |
Pulau Pinang | 24.00 | 24.00 |
Kedah | Tiada Ketetapan | Tiada Ketetapan |
Perlis | Tiada Ketetapan | Tiada Ketetapan |
Pahang | 22.50 | 22.50 |
Terengganu | Tiada Ketetapan | Tiada Ketetapan |
Kelantan | Tiada Ketetapan | Tiada Ketetapan |
Sabah | 80.00 | 100.00 |
Sarawak | 120.00 | 120.00 |
Labuan | 80.00 | 80.00 |