Apa Salahnya Isteri Yang Control Duit Suami Dan Jadi Gabenor Bank Keluarga

Sebagaimana yang anda tahu, masalah kewangan merupakan satu isu yang tidak dapat dielakkan lebih-lebih lagi pasangan yang baru berkahwin. Rata-rata lepas berkahwin hal kewangan keluarga menjadi urusan keluarga. Namun tidak semua lelaki tahu cara yang terbaik untuk menguruskan kewangan keluarga. Jika suami tersilap langkah, boleh buat hubungan jadi porak-peranda, selain terpaksa berhutang dan bergolok bergadai.

Jangan Risau. Ini Perkara Biasa Buat Pengantin Baru

Adalah normal kalau ada masalah kewangan masa awal-awal perkahwinan, hampir semua pasangan lalui benda yang sama. Tidak salah jika lantik isteri bertindak sebagai gabenor bank keluuarga. Kena terima hakikat seorang wanita sebernanya lebih teliti daripada lelaki. Maka isteri boleh berfikir lebih jauh daripada si suami, jika isteri yang pegang duit bukan bermaksud queen control. Ini masa depan rumah tangga anda, pedulikan kata orang.

Menyediakan bajet kewangan tidaklah begitu susah. Perkara asas yang boleh dilakukan  adalah dengan memantau ke mana duit gaji itu pergi. Antara aktiviti yang boleh dilakukan:

  • Senaraikan Pendapatan
  • Senaraikan gaji kasar suami/isteri yang diterima setiap bulan
  • Senaraikan gaji bersih setelah dipotong KWSP, SOSCO dan Potongan Cukai Berjadual (jika ada)
  • Tentukan Kategori Perbelanjaan
  • Perbelanjaan tetap seperti pembiayaan rumah, ansuran kereta dan hutang lain yang harus dibayar setiap bulan seperti PTPTN
  • Perbelanjaan berubah seperti kos makan minum, barang dapur, pakaian, petrol dan sebagainya.

  • Buat Anggaran Perbelanjaan Sebulan
  • Perbelanjaan seharusnya tidak melebihi pendapatan.
  • Bezakan antara keperluan dan kehendak
  • Utamakan keperluan terlebih dahulu.
  • Merekodkan Perbelanjaan
  • Pertama sekali sediakan senarai barang yang ingin dibeli dan pasti beli barang ada dalam senarai sahaja.
  • Rancang perbelanjaan supaya tidak perlu ke pasar raya.
  • Setiap pembelian barang perlulah utamakan yang perlu dahulu.
  • Simpan resit pembelian supaya dapat monitor jumlah perbelanjaan bulanan.
  • Post Mortem, Menilai Semula, Baiki Bajet
  • Semak rekod perbelanjaan pada akhir bulan
  • Pastikan perbelanjaan mengikut apa yang dirancang.
  • Sekiranya terlebih belanaja, bulan depan, mesti ganti balik jumlah yang terlebih itu.
  • Cari langkah penjimatan yang sesuai untuk meningkatkan lagi simpanan.

Leave a Comment

Your email address will not be published.