Apa Salahnya Sekiranya Mak Ayah Ingin Jodohkan Dengan Lelaki Lebih Berusia

4 Kelebihan Suami Lebuh Berusia

  1. Lebih Matang

Boleh dikatakan ramai berpendapat jika lelaki yang lebih tua daripada pasangannya adalah lelaki yang penyabar dan rasional dalam membuat sesuatu keputusan. Sedar atau tidak,  sebenarnya lelaki lebih matang memiliki peribadi yang lebih tenang, lebih sabar dan lebih menghargai orang-orang di sekitarnya. Mereka juga akan berusaha mengalah demi kebaikan diri sendiri mahupun untuk pasangan.

2. Lebih Berjaya

Wanita melihat lelaki yang lebih berusia itu sebagai seorang yang menawan kerana faktor material. Lelaki yang berusia ini jelas akan tujuan hidupnya, punya pekerjaan yang menjamin masa hadapan serta stabil kewangannya. 

3. Meluaskan Sudut Perspektif

Oleh kerana perempuan muda yang berkahwin dengan lelaki berusia sering dekaitkan dengan menjadi punca keruntuhan rumah tangga, kaki kikis dan sebagainya, perkara itu sedikit sebanyak telah mempengaruhi dalm menilai sesuatu.

Selain itu, oleh kerana suami anda capai usia pertengahan dahulu, anda secara tidak langsung akan lebih banyak bersabar dan lebuh memahami bagaiman menjalani kehidupan bersama- sama orang berusia.

4. Menghargai hari-hari yang mendatang

Bersama dengan lelaki berusia akan membuat anda lebih menghargai setiap waktu yang dijalani bersama-sama. Bukan sahaja anda lebih mencintainya kerana mengetahui dia tidak akan bersama dengan andanya selamanya, anda juga akan jadi lebih penyabar kerana melihat sendiri betapa singkatnya kehidupan ini sebernanya.

Leave a Comment

Your email address will not be published.