Apa Yang Isteri Mahu Sebenarnya Dari Suami?

Walaupun anda sudah menjalankan tanggungjawab memberi nafkah kepada isteri itu tidak bermakna tugas anda telah selesai. Itu masih belum cukup bagi perempuan yang bergelar isteri. Sebagai lelaki, tidak dapat dinafikan memang sukar untuk memahami apa yang perempuan mahukan daripada kita sebenarnya.

               “Tindakkan mereka selalu bercanggah, dan kata-kata mereka selalu mengelirukan”.

Mereka tidak memberitahu apa yang mereka mahu dari suami mereka. Mereka selalu mengharapkan para suami faham sendiri dan sentiasa hidup dengan berteka-teki tentang apa yang mereka rasa.

Mengapa Perempuan Begitu?

  1. Isteri Adalah Insan Yang Memerlukan Perhatian

Berapa kali anda buat kerja lain apabilaberbual dengan mereka? Adakah anda selalu menjawab soalan mereka secara sambil lewa dan menjawab lain apa yang ditanya?

Sebenarnya sifat semulajadi wanita adalah mereka sangat menghargai setiap waktu yang mereka luangkan bersama suami. Mereka mahu suami mereka memberi perhatian dan terlibat sepenuhnya setiap saat dengan mereka. Dalam kata lain, mereka inginkam perhatian. Sebagai suami anda, seboleh-bolehnya luangkan masa untuk isteri anda.

2. Suami Yang Sentiasa Tenang

Wanita sangat menghargai seorang suami yang mana dapat mengawal emosi serta bersifat terbuka untuk membincangkan isu-isu tanpa meniggikan suara atau megelakkan diri.   Kematangan emosi dan fikiran adalah apa yang wanita mahu dari suaminya lebih daripada apa-apa perkara lain.

 Menurut Imam Ghazaljadilah seorang suami yang halim.

‘Halim’ maknanya ialah “sabar”, tidak cepat marah ketika isterinya kurang akal.  Bila seorang isteri itu kurang akal?  Ianya adalah ketika isterinya sedang marah. Lalu si suami itu bersabar, maka itulah suami yang terbaik. Jadi, perdengarkan apa yang ingin dikatakan oleh isteri tanpa prejudis dan ambil hati. Mendengarkan akan membantu isteri melepaskan perasaan yang terpendam, yang mengganggu emosi.

Walaupun anda tidak mampu menyelesaikan masalahnya si suami boleh dengarkan dan fahamkan mereka dengan sepenuh hati.

3. Mampu Merendahkan Ego Dalam Diri

Kebanyakkan suami, mereka tidak dapat lari dari masalah terlalu ego. Memang bena, di dalam rumah tangga suami adalah ketua keluarga. Mereka mahu kelihatan lebih dihormati dan membuktikan mereka adalah pemimpin yang terbaik. Namun, jangan disebabkan ini, suami menjadi seorang yang angkuh,  meninggi diri dan kasar.

“ Mukmin yang paling sempurna adalah yang paling baik akhlaknya. Dan sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap isteri-isterinya.”

  • Hadis Riwayat at- Tirmidzi, disahihkan oleh Syeikh Albani

Apa yang isteri perlukan adalah seorang suami yang dapat  meredah diri, adil dan sopan dalam melayani suami. Jangan sesekali memandang rendah atau menghina isteri dan juga keluarga mereka. Isteri adalah sahabar anda, bagi mereka penghormatan yang sewajarnya. Anda seharusnya menjaga hati isteri anda, InsyaAllah dengan keberkatan akan hadir di rumah tangga anda.

4. Boleh Mempamerkan Kelembutan (Gentleman)

Memang bukan dalam sifat seorang lelaki untuk lembut dan gemalai. Secara normalnya, lelaki selalu sedikit kasar. Baik dari segi pergaulan, percakapan dan tindakan. Tetapi apbila berkisar tentang rumahtangga, lemah lembut dalam perkataan, pemikiran dan tindakan akan memberi banyak keharmonian dalam rumah tangga.

“ Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik.”

Surah al-Nisa’ayat 19

Layanilah isteri dengan penuh hormat. Berbuat baik dan bercakaplah dengan perkataan yang lembut.

5. Suami Yang Kuat

Seorang isteri sukakan lelaki yang kuat. Tapi ini tidak bermakna suami itu harus memukul orang lain yang buat silap dan tergesa-gesa menyelesaikan masalah. Kekuatan sebenar yang dimaksudkan di sini ialah mampu bersabar, mampu mendengar luahan isteri, dan berupaya seta tabah  menghadapi segala cabaran dan dugaan hidup yang muncul. Suami sewajarnya tunjukkan pada isteribahawa anda sentiasa ada disisinya untuk setiap waktu. Inilah kekuatan sebenar yang diperlukan oleh seorang isteri.

6. Sentiasa Jelas Dalam Menyelesaikan Masalah

Kebanyakkan lelaki cenderung untuk tidak fikir berlebih-lebih atau merumitkan sesuatu perkara. Kita kurang bimbang tentang apa yang orang lain fikir dan tidak menghabiskan banyak masa risau tentang perkara yang kita tidak pasti. Teruskan untuk memudahkan sesuatu perkara dengan mencari jawapan yang mudah dalam situasi yang kompleks dan membawa perspektif yang jelas dalam sebarang masalah.

7. Seorang Yang Humor

Life`s too serious already. Kandangkala isteri mahu juga ketawa. Humor adalah cara yang baik untuk mengurangkan ketegangan. Jika anda seorang yang pandai buat lawak, selaluah berjenaka dalam hubungan rumah tangga. Jika si suami bukan jenis kelakar, maka berkongsilah perkara-perkara yang menurut anda rasa lucu dengan isteri anda. Ketawa mampu merapatkan jarak diantara dua hati.

8. Menunjukkan Kasih Sayang

Untuk pengetahuan si suami, isteri sukakan perkara-perkara kecil, seperti gerak isyarat yang menunjukkan kepada mereka bahawa suami  berfiikir tentang mereka. Ya, perkara ini mungkin seperti mesej whatsapp yang sweet yang tidak dijangka olehnya, belikan makanan kegemaran atau membuat sesuatu perkara untuknya tanpa perlu diminta.

Perkara lain yang mungkin boleh dilakukan adalah termasuk memberi hadiah tanpa sebab, menampalkan nota terima kasih di cermin atau bawa dia makan di luar sekali sekala.

9. Beri Penghargaan Kepada Isteri

Banyak yang pasangan anda lakukan dalam rumahtangga tidak akan disedari. Kebanyakkan suami ( dan isteri) cepat menyalahkan pasangan  mereka dengan rungutan dan bebela, tetapi jarang pula untuk berkongsi apa yang mereka suka dengan pasangan mereka.

Isteri biasanya membahagikan masa pada banyak perkara dalam satu masa dan peranan mereka sering diambil mudah. Tunjukan penghargaan anda kepada mereka. Ucapkan terima kasih. Berikan mereka peluang.  Suami patut tunjukkan bahawa anda menyedari segala pengorbanan yang dia lakukan akan banyak membantu isteri rasa dihargai dan disayangi.

10. Menerima Segala Kelemahan Isteri

Daripada mencabar, mentertawakan isteri anda atau mempersoalkan kelemahan isteri anda, mengapa tidak menerima sahaja semua itudengan hati yang terbuka? Jangan  tunjukkan kelemahan dia, jangan disebut mengenai sifat-sifat tertentu yang buruk atau membuat dia berasa sedih tentang sesuatu yang dia sudah merasa kecewa mengenainya. Secara semulajadi, wanita memang selalu merasakan dinilai oleh orang lain. Dia rasa selalu diperhatikan.

“ Janganlah seorang suami yang beriman membenci isterinya yang beriman.Jika dia tidak menyukai satu akhlak darinya, di pasti meredhai akhlak lain darinya.”

Hadith riwayat Muslim

Jangan pernah menyesal dengan segala baik dan keburukan isteri kita.

Leave a Comment

Your email address will not be published.