Awas! Tingkahlaku Yang boleh Rosakkan Hubungan, Kena Elak Sebelum Parah

Sudah menjadi lumrah suami isteri yang mana pastinya menginginkan hubungan yang berkekalan buat selamanya. Hubungan yang dijalin perlulah dijaga untuk memastikan tiada masalah boleh tercetus. Namun, siapa boleh menjangka perkara yang mendatang sekali gus membuatkan perasaan cinta kian memudar.

Mungkin anda tidak sedar bahawa perangai dan tingkah laku anda mahupun pasangan mampu membuatkan hubungan cinta menjadi rosak. Ditambah pula dengan permasalahan lain yang tiada kaitan, pastinya mampu menambahkan kerungsingan.

  1. Berlagak Seperti Anda Masih Bujang

Dalam satu perhubungan ianya melibatkan dua orang. Tapi, jika anda masih berlagak seperti masih hidup bersendirian tanpa mengambil kita perasaan pasangan, boleh buat hati pasangan terguris. Bila anda dalam sesebuah hubungan, anda haruslah ingat dengan perasaan pasangan.

Adakah anda suka berahsia daripada pengetahuan si dia? Anda sepatutnya tidak boleh berlagak hidup seperti bujang. Jika anda mahu hidup bujang hiduplah bujang. Jika anda mahu komited dalam perkahwinan, kenalah komited pada setiap perbuatan anda, secara bersama-sama.

2. Tidak Jujur

Ini adalalah punca utama kerosakkan hubungan perkahwinan. Sekiranya anda  tidak percaya kepadanya, anda tidak lagi layak berada dalam perhubungan ini. Bila anda rasa tidak dihargai, tidak dipercayai dan tidak dicintai, anda sebenarnya tidak lagi didahului dalam perhubungan ini.

3. Terlalu Sensitif Dan Kurang Keyakinan

Tiada yang apa yang lebih menyedihkan daripada rasa tidak bernilai dalam sesuatu hubungan.  Rasa tidak yakin ini lama-kelamaan boleh menyebabkan perasaan cemburu. Agak sukar untuk mempercayai pasangan jika dia hanya membuatkan anda rasa tidak berharga. Jika keadaan ini berterusan, anda perlu tanya diri sendiri, adakah ia berbaloi untuk diteruskan.

4. Hanya Bertanggungajawab Pada Kewangan Sendiri

Apa yang jelasnya sekarang, isu wang memang antara cabaran terbesar dalam perkahwinan. Jika anda atau suami berterusan berbelanja tanpa memikirkan ia adalah sebahagian daripada keperluan keluarga, mulakan institusi perkahwinan akan retak dan berantakan. Ini sama kes seperti di atas, berlagak bujang.

Leave a Comment

Your email address will not be published.