JOM  KITA BINA KELUARGA BAHAGIA !

Keluarga bahagia adalah merupakan impian setiap mempelai yang ingin mendirikan rumahtangga . Oleh itu , di sini terdapat tips – tips untuk mebina keluarga bahagia demi masa depan yang akan kekal hingga ke akhir hayat :

1) Bangun pagi dan mencium pasangan anda !

Hal ini akan membuatkan hubungan anda dan pasangan akan sentiasa segar ataupun ‘evergreen’ .

2) Sentiasa berdoa agar keluarga yang dibina terus bahagia hingga hujung nyawa .

Doa merupakan senjata orang mukmin agar hubungan terus bahagia dan berkekalan.

3) Mendidik anak mengikut cara Rasulullah SAW .

Sebagai orang mukmin , kita seharusnya mengikut sunnah Rasulullah SAW dalam mendidik anak – anak supaya anak akan menjadi insan yang mampu mencorak kebahagiaan dalam sesebuah rumah tangga

4) Sentiasa meluangkan masa dengan pasangan dan anak – anak .

Kesibukan kerja mungkin akan menjadi halangan seseorang untuk meluangkan masa dengan pasangan dan anak -anak , namun begitu anda perlu cuba untuk mencari masa lapang untuk makan angin dengan keluarga demi membina sebuah keluarga yang bahagia !

5) Tidak lupa untuk meminta doa daripada ibu- bapa !

Seperti yang kita tahu , doa ibu bapa adalah merupakan antara doa yang paling mustajab . Oleh hal yang demikian , jangan kekok untuk meminta doa daripada ibu bapa walaupun sudah berumah tangga . Mintalah doa daripada ibu bapa anda supaya sentiasa mendoakan rumahtangga yanga nda bina kekal bahagia hingga ke syurga !!

Sesungguhnya , tiada yang lebih indah di dunia ini melainkan sebuah keluarga bahagia yang telah kita bina ! Semoga anda yang membaca entri kali ni akan dikurniakan sebuah mahligai permata keluarga yang terus bahagia hingga ke syurga ! Amin Ya Rabbal Alaminnn……

Leave comment

Your email address will not be published. Required fields are marked with *.