Berbeza Hobi Dengan Pasangan Juga Ada Untungnya… Ini Kata Pakar

Kita sedia maklum, apabila memilih pasangan, ramai orang akan menumpu kepada persamaan dan perbezaan. Persamaan dengan pasangan mempunyai kesan positif terhadap hubungan. Walaubagaimanapun, mempunyai perkara yang berbeza dengan pasangan anda, seperti hobi juga ada kelebihannya.

Untungnya miliki pasangan yang berbeza kesukaan

  1. Timbul rasa saling menghargai

Miliki hobi yang berbeza dengan pasangan dapat menimbulkan rasa menghargai satu sama lain. Rasa hargai tersebut tidak ditujukan kepada hobi yang dilakukan pasangan, tetapi lebih kepada pasangan itu sendiri.

Sebagai contoh, pasangan mungkin mempunyai hobi bersukan dan beriadah walhal anda sama sekali tidak menyukai aktiviti luar. Tetapi melihatkan kesungguhan dan keseronokan si pasangan, hal ini membuatkan anda lebih menghargai dan inginkan pasangan bahagia melakukan apa yang disukainya.

2. Mengenal pasangan lebih dekat

Apabila memberitahu hobi anda kepada pasangan, ini sebenarnya adalah saat yang tepat untuk mengenali pasangan dengan lebih dekat. Sebabnya, anda boleh mengetahui apa persamaan, perbezaan dan perkara yang menjadikan anda lebih serasi dengan pasangan.

Hal ini tidak hanya membuatkan anda semakin menghargai hobi pasangan, tetapi juga tertarik terhadap sisi lain dirinya. Misalnya, anda mungkin tertarik kepada sifatnya yang kemas dan teliti dari pasangan yang hobinya suka mengemas

3. Melihat dunia dari perspektif baru

Mempunyai pasangan dengan hobi yang berbeza akan memberikan perspektif baru untuk anda. Dengan mengenali hobi pasangan, anda boleh mengalami pengalaman baru yang tidak pernah anda fikir dan rasai sebelum ini.

Pengalaman tersebut juga dapat memberikan anda cara baru untuk berfikir dan merasakan sesuatu. Bagi anda yang tidak berminat dengan sukan ekstrem khususnya, anda mungkin merasa senang melakukannya dengan si dia.

Leave a Comment

Your email address will not be published.