Berkenalan dengan Calon pasangan sebelum Diijabkabulkan, Ini hikmah yang anda akan perolehi bersama

  1. Mengenali pasangan lebih dalam

Kalau sebelum ini hanya berbual kosong dengan calon pilihan menggunakan perantara, kalau berjumpa depan-depan anda akan berbual berdia tanpa menggunakan perantara. Jadi anda dapat kenal bagaimana gaya perbualan dirinya yang sebenarna, bagaimana pasangan yang sebenar serta bagaimana sikapnya itu. Maka tak adalah lepas kahwin nanti anda terkejut dengan suara, kelakuan atau sikap pasangan nanti. Nasib baik jumpa dulu sebelum berkahwin.

2. Memperlihat rupa bakal pasangan

Jangan mudah percaya dengan gambar yang dia berikan pada anda. Boleh jadi gambar itu adalah gambar orang lain,malah apa yang paling kerap berlaku adalah gambar itu menggunakan filter yang cukup hebat sehingga wajah sebenar dan wajah dalam gambar adalah orang yang berlainan. Perkara ini selalu sangat berlaku sampaikan ada yang pernah tertipu akan perkara ini. Haa…. Kan lebih baik kalauberhati-hati.

3. Dapat lakukan persediaan lebih awal

Sebenarnya, apabila anda bertemu dengan calon pilihan anda, ia sebenarnya memberi ruang kepada anda untuk lakukan persediaan awal. Ini kerana, pertemuan ini sebenarnya menggalakkan anda untuk lakukan persediaan. Sebagai contoh, kalau pasangan anda seperti itu, tentu sahaja anda juga akan kearahperkara yang sama. Sebelum sebumbung, anda juga akan lebih bersedia nak berdepan dengan pasangan anda.

4. Dapat berkenalan dengan keluarganya

Ini juga adalah perkara yang penting. Bukan hanya tahu kewujudan calon pilihan anda tetapi kewujudan keluarganya juga adalah perkara yang tersangat penting. Cuba anda bayangkan kalau tiba-tiba calon anda itu menipu mengenai keluarganya, tentu sangat membimbangkan bukan? Jadi kalau anda berjumpa dengannya, maka anda juga dapat berkenalan dengan keluarganya dengan lebih dekat lagi. Sebelum nak buat keputusan berkahwin, segera untuk berjumpa dengan pasangan anda dahulu demi kebaikan kalian berdua.

Leave a Comment

Your email address will not be published.