Beruntung Jika Si Dia Miliki 5 Bukti Ini, Nescaya Dia Mencintai Anda Kerana Allah!

Di sini boleh dikatakan bahawa setiap orang pastinya menginginkan pasangan yang mana bukan sahaja mampu menjaga anda apabila sudah berumah tangga sebaliknya mencintai anda kerana Allah SWT. Adalah sangat betuntung sekiranya anda mempunyai ciri-ciri sebegini.

Kita seringkali mendengar ucapan “Aku cintakan mu kerana Allah!”, namun dsini ramai yang menyalahgunakannya. Sekiranya anda benar-benar mencintai pasangan anda kerana Allah pastinya anda akan cuba menjaga hubungan anda kearah yang lebih diredhai oleh Allah SWT.

Oleh itu, hal ini sangatlah penting agar anda tidak ditipu dan terpengaruh dengan ajakan iblis yang sedang menanti dihujung jalan untuk memancing anda dan pasangan untuk terjerumus ke lembah kejahatan.

Lima bukti penting dan tanda utama ini menunjukkan betapa anda bertuah memiliki pasangan seperti ini. Pastikan hubungan ini dijaga dengan rapi agar ia berkekalan.

  1.  Dia Adalah Seorang Yang Amat Mencintai Allah SWT

Apa yang pasti di sini adalah untuk  seseorang itu mengatakan di mencintai kita kerana Allah SWT tetapi dalam masa dia amat jauh dari jalan Allah dan seringkali melakukan dosa dan maksiat kepada Allah SWT. Cinta itu dibuktikan dengan perbuatan maka disini lelaki atau wanita yang mengatakan kepada anda bahawa dia mencintai anda keran ALllah SWT akan dibenci kerana Allah SWT membenci segala apa yang dimurkai oleh Allah SWT dari segala jenis  dosa dan maksiat.

Disini apa yang boleh dilakukan adalah lihatlah pada diri lelaki yang mencintai anda kerana Allah itu apakah dia seorang yang teguh agamanya, kukuh aqidahnya, penyabar, tawakkal, selau mencintai anak yatim dan membela yang lemah atau di sebenarnya seorang yang hanya pandai berborak sahaja.

 Perkara yang sama juga boleh dilakukan oleh lelaki dalam usaha mengenali wanita solehah di luar sana. Lihatlah auratnya apakah di tutup, lihatlah peribadinya apakah terpelihara dan dijaga kemudian lihatlah pemikirannya apakah dia seorang Muslimah yang hidup untuk dirinya atau dia hidup untuk Allah SWT.

2. Cinta Kerana Allah Terbit Dari Sebab Ketaatan

Pasti ada sebab si dia cintakan anda kerana Allah dan apakah sebab-sebab itu adalah terhasil kerana Allah SWt. Jika cinta yang diungkap kan itu adalah kerana ketaatan kita kepada Allah SWT maka ianya adalah jenis dari bahagian  cinta-cinta yang suci dan dating atas kerana rahamat daripada Allah SWT kepada hamba-habaNya.

 Ada wanita jatuh cinta kerana si lelaki itu kuat berdakwah dan menjadi Imam sukarela secara percuma. Ada lelaki jatuh cinta kerana melihat si wanita itu tegas dan teguh mempertahankam maruah dan auratnya dari dicabuli. Maka jenis-jenis cinta seperti dilakukan kerana Allah SWT.

3. Mencintainya Kembali Menambah Kebaikab Serta Kemulian Serta Mendekatkan Kita Kepada Allah

Jelasnya disini orang yang benar dalam cintanya kepada Allah mereka ini mempunyai kelebihan dan merupakan orang-orang yang benar-benar beriman. Mencintai mereka itu nescaya akan memberikan dan menambahakan kemulian serta menambahakn kedekatan kita dengan tuhan.

Lihat dan perhatikanlah apakah di wajah orang yang mengatakan Aku cinta pada-Mu kerana Allah itu membuatkan anda teringat kepada ajaran Islam, kepatuhan kepada Allah SWT, kedahsyatan hari akhirat serta dosa dan pahal atau sebaliknya hanya mengundang kepada ingatan nafsu syahwat dan pelukan serta dakapan di atas tilam.

4. Cinta Dan Hubungan Dengan Si Dia Jauh Dan Terpelihara Dari Kelalaian Dan Dosa

Diantara ciri-ciri yang mustahak di dalam penilaian kebaikan seseorang ialah ianya tidak mengundang bahaya atau kemudaratan. Ini kerana tipu daya dan muslihat syaitan itu amat licik. Terkadang dia sengaja memalsukan kejahatan itu agar dilihat sebagai kebaikan atau kemuliaan.

Syaitan itu sendiri tahu untuk menggoda orang yang soleh itu tidak harus dengan maksiat dan kejahatan tetapi digoda dengan kebaikan dan kezuhudan agar si soleh itu menjadi sesat kerana riya’ atau ujub (kagum) dan ghurur (tertipu) dengan dirinya sendiri.

5. Si Dia Tidak Mengharapkab Balasan Kecuali Dari Allah

Cinta yang suci itu ialah cinta yang hanya tahu memberi tetapi tidak mengharapkan apa-apa sebagai balasan. Jika benar si dia mencintai Mu kerana Allah maka bergembiralah kerana kalian benar-benar mahukan syurga dan tidak kisah dengan siapa berakhirnya hubungan ini.

Apakah dia menjadi milikimu atau kamu menjadi miliknya hal itu bukanlah isunya tetapi apakah si dia dan kamu masing-masing beroleh kasih sayang dan kemampuan dari Yang Maha Esa.

Lelaki dan wanita yang saling mencintai kerana Allah SWT lebih takutkan Allah dan lebih mencintai Allah dari diri mereka sendiri dan secara pastinya mereka mencintai satu sama lain hanya semata-mata kerana hubungan masing-masing dengan Allah SWT.

Leave a Comment

Your email address will not be published.