- Menunaikan solat istikharah terlebih dahulu
Solat istikharah dilakukan apabila seseorang hendak melakukan sesuatu yang meragu-ragukan ataupun ingin melakukan keputusan yang besar dalam hidup mereka. Maka lakukan solat sunat istikharah 2 rakaatv selepas solat wajib dan membaca doa istikharah, sebelum ingin melangkah masuk ker gerbang perkahwinan supaya dipermudahkan urusan anda.
2. Menikahi pasangan anda dari walinya
Menurut Madzhab Syafi’ie, Hanbali, Maliki, akad nikah tersebut tidak sah jika tiada walinya. Madzhab Hanafi membolehkan lagi, missal kata pasangan tersebut sedang belajar di luar Negara dan taka da walinya. Kata para ulama, walinya boleh digantikan olehseorang imam.
3. Tidak meminta mahar yang mahal
Banyak kisah viral sekaran ini yang membabitkan tentang wang hantaran yang berlebihan dan membebankan bakal suami. Walhal, menurut hadis riwayat Ahamad, Rasullulah SAW bersabda “ Pernikahan yang paling besar keberkahannya ialah yang paling murah maharnya.” Jadi, mahar yang paling baik dan penuh barakah ialah mahar yang dapat memudahkan pasangan anda.
4. Mendirikan solat 2 rakaat
Setelah selesai akad nikah, disunatkan untuk pasangan suaimi isteri menunaikan solat sunat 2 rakaat sebagai pembawa berkat dan pembuka rezeki kepada pengantin baru.
5. Menganjurkan majlis Walimatur’ urus
Menganjurkan majlis Walimatur’s urus untuk mengumumkan perkahwinan tersebut. Hukum menghadirkan diri ke majlis walimatur’ urus jika diundang adalah wajib sebagai seorang Muslim. Namin, ia tidak menjadi wajib jika kehadiran anda membawa kemungkaran di majlis tersebut.