Disini jelas sekali bahawa perkahwinan merupakan proses pembelajaran yang harus ditempuhi oleh setiap pasangan agar anda berdua `lulus` pada pelbagai ujian yang mendatang. Jika tidak dibekalkan dengan ilmu dan kesabaran yang kuat, maka pincanglah sebuah perkahwinan.
Secara hakikatnya suami isteri perlu tahu bahawa perkahwinan ini bukan sekadar pemainan yang jika anda tidak suka atau tidak sesuai, anda dengan mudah boleh `lari` daripada permainan tersebut.
Untuk pengetahuan anda diluar sana yang berhasrat ingin berkahwin di usia yang muda, hadamkan enam pelajaran penting tentang dunia perkahwinan ini agar anda berdua mampu menempuh segala rintangan dengan yakin dan cekal.
- Bukan Perasaan Cinta Semata-Mata
Apa yang jelas disini jangan salah ertikan perasaan cinta yang terjalin antara anda dan pasangan. Biarpun anda berdua saling mencintai, malah tidak meragui perasaan tersebut ini bukan bermakna anda harus segera mungkin untuk berkahwin. Memang! Usia muda bukanlah penghalang bagi seseorang untuk berkahwin. Namun yang paling penting untuk anda ketahui ialah cinta bukanlah alasan wajib untuk memutuskan keputusan untuk segera berkahwin. Sebaiknya anda patut buat persediaan yang sewajarnya.
2. Tanggungjawab Yang Dipikul Semakin Bertambah
Anda harus bersedia untuk memikul tanggungjawab atas diri anda sendiri, melainkan anda harus memikul tanggungjawab pada pasangan, rumah tangga, bakal anak-anak, keluarga, mertua, perkahwinan dan sebagainya. Sekiranya anda tidak besedia untuk pikul semua tanggungjawab ini, jangan sesekali berani untuk cuba melangkah kealam perkahwinan hanya berlandaskan perasaan cinta semata-mata.
3. Kebebasan Anda Makin Terbatas
Akan menjadi sesuatu yang pasti di mana kebebasan yang anda nikmati semasa anda bujang sudah lagi tidak sama, malah agak terbatas sebaik sahaja anda berkahwin. Hal ini disebabkan anda sudah mendirikan rumah tangga dimana kebebasan anda tersekat memandangkan anda sudah mempunyai tanggungjawab kepada pasangan. Bahkan anda sebagai isteri anda yang memberi kebaikan haruslah mendapatkan keizinan suami terlebih dahulu.
4. Mempengaruhi Karier dan Pelajaran Anda
Tidak dapat dinafikan individu yang berkahwin pastinya mempunyai target yang ingin dicapai. Di sini ingin ditekan bahawa sekiranya anda masih bergelar pelajar pastikan anda fikir masak-masak sebelum mengambil sebarang keputusan. Apa yang paling penting adalah restu daripada keluarga kedua-dua belah pihak sebelum anda memutuskan untuk berkahwin di usia yang muda. Bukan apa, bimbang selepas berkahwn anda sukar untuk membahagikan masa apatah lagi anda masih bergelar pelajar. Bukan itu sahaja, jika ketika bujang anda gemar bersantai di hujung minggu, namum selepas berkahwin anda harus mengubah cara hidup anda disebabkan anda sudah ada pasangan yang memerlukan perhatian anda.
5. Bersedia Untuk Dilepaskan Daripada Tanggungjawab Ibu Bapa
Sekiranya anda sudah begitu yakin bahawa anda mampu untuk jauh dari perhatian ibu bapa, sahlah anda sudah bersedia untuk berkahwin dalam usia muda. Selepas berkahwin, anda tidak boleh lagi berkepit di bawah ketiak orang tua kerana anda kini harus memikul tanggungjawab sebagai suami atau isteri kepada pasangan.
6. Pola Kehidupan Peribadi Berubah
Kehidupan ketika bujang dan selepas berkahwin tentunya berbeza. Selepas berkahwin anda tidak boleh lagi membuat keputusan seorang sendiri kerana anda kini melibatkan pasangan dalam setiap pekara. Perkahwinan memerlukan anda berdua untuk berkongsi dalam semua hal.