Buatlah 6 Perkara Ini Ketika Gaduh Suami Isteri, Agar Wajah Yang Kelat Kembali Manis

Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Muslihat tiada langsung perselisihan faham berlaku di dalam rumah tangga. Perkara ini merupakan situasi yang tidak boleh dielakkan lagi.

Jadi, apa kata daripada membiarkan pergaduhan berlarutan, tetapkan peraturan yang dipersetujui bersama pasangan. Ini bagi menjamin anda dan pasangan masih berada dalam keadaan terkawal walaupun berdepan dengan situasi yang tegang.

  1.  Jangan Bergaduh di Khalayak Ramai Terutama Di Depan Anak

Bergaduh di hadapan orang lain hanya akan mengeruhkan keadaan dimana masing-masing akan berebut-rebut untuk menang berbanding mencari jalan penyelesaian. Sangat la penting dimana jangan sesekali ‘berperang’ di hadapan anak-anak kerana ini akan memberi impak negatif kepada mereka sehingga besar.

2. Jangan Bergaduh Melalui Telefon

Ini termasuklah melalui aplikasi seperti WhatsApp dan sebagainya. Hal ini kerana salah faham sangat mudah terjadi melalui teks.  Hal ini dimana sedikit salah faham menyebabkan pergaduhan yang lebih serius. Lebih baik sekiranya perselisihan faham diselesaikan secara face-to- face. Anda tidak hanya boleh menilai keikhlasan melalui kata-kata sahaja tanpa melihat perkara lain seperti nada suara, bahasa tubuh dan ekspresi muka pasangan.

3. Jangan Tidur Dalam Keadaan Marah

Seboleh-bolehnya cuba selesaikan pergaduhan anda dan pasangan sebelum masuk tidur. Tidur dalam keadaan marah menandakan tiada penyelesaian kepada perselisihan anda, seterusnya akan memanjangkan lagi tempoh perbalahan itu sehingga esok dan hari berikutnya.  Jadikan katil tempat anda berdua sebagai ‘fightfree zone’ . Sebesar mana pun perselisihan faham di antara berdua , anda akan tetap tidur bersama.

4. Ambil Masa Untuk ‘cooling off’

Masa bertenang membolehkan anda dan pasangan berfikir secara waras dan rasional. Perkara ini boleh mengelakkan terjadinya perbalahan dengan nada suara yang tinggi  seperti menengking dan terjerit-jerit. Anda berdua akan lebih cepat menyelesaikan perselisihan dalam keadaan bertenang dan rasional.

5. Jangan Kongsi Cerita Gaduh Anda Dengan Ibu, Kawan Baik Atau di Media Sosial

Meluahkan atau menceritakan hal selisih faham anda kepada orang lain bukanlah jalan untuk selesaikan masalah, lebih-lebih lagi dengan meluahkannya di laman sosial. Tanya diri sendiri, apakah tujuan anda berbuat demikian, mahu si dia kelihatan jahat dan anda baik? Secara realitinya, anda bukan sahaja tidak menghormati pasangan, malah membuka aibnya kepada orang lain.

6. Jangan Menjerit-jerit Atau Mengeluarkan Kata-kata Kesat

Ketika dalam situasi tegang , anda seharusnya sentiasa ingat matlamat utama adalah untuk mencari jalan penyelesaian. Jangan sesekali focus tentang salah siapa perkara ini terjadi. Anda perlu membuat keputusan tepat untuk bangkit daripada kekecewaan dan kemarahan demi mencari  cinta dan kekuatan.

Leave a Comment

Your email address will not be published.