Cara Ambil Gambar Di Pantai

Mesti korang terkejut kan bila baca tajuk post kalini ? Haha mesti korang tertanya ” eh nak ambik gambar kat pantai pun ada cara ke ?” Ya , sudah semestinya dalam bidang fotografi ada caranya yang tersendiri demi mendapatkan hasil sebuah gambar yang hebat dan gempak !

1. Jangan ambil gambar secara top light atau cahaya berlebih.

Cahaya berlebihan akan membuat langit terlihat putih dan laut tampak pucat. Hasil foto yang dihasilkan pun akan tampak kurang menarik. Waktu paling bagus untuk memotret pantai adalah sebelum jam 9 pagi, saat langit masih biru dan  juga setelah jam 4 petang  ketika matahari mulai tenggelam.

2. Jangan pakai baju putih semasa ambil gambar berlatar belakangkan ‘ sunrise ‘ atau ‘sunset’.

Ketika sunrise atau sunset, kita mesti nak merakamkan momen indah ini . So , untuk menghasilkan sebuah gambar yang terbaik, cuba untuk tidak memakai baju yang berwarna putih ataupun cerah untuk hasil yang lebih sempurna

3.  Ambil angle kosong dengan pemandangan laut luas.

Ini akan menghasilkan sebuah pemandangan laut yang lebih indah untuk dihayati.

4. Gunakan teknik low speed dengan mengatur shutter speed

Pernah melihat gambaran seseorang sedang melakukan aktiviti seperti seorang lelaki yang sedang bermain bola ?

Nah, untuk mendapatkan potret semacam itu, biasanya fotografer akan memakai teknik low speed. Hasil yang didapati akan lebih maksimal dan luar biasa . Pantai pun akan terlihat lebih dramatik lagi- lagi  ketika langitnya sedang merah atau kekuningan menuju senja.

Okey so itu sahaja dalam entri kalini ! Hope korang yang nak pergi travel ke pantai tu boleh menghasilkan sebuah gambar yang gempak ! Barulah berbaloikan saat percutian itu , betul tak ?

Leave a Comment

Your email address will not be published.