Semua suami isteri mesti nak tahu macam mana rasulullah layan isteri dia, ha.. nak tau tak? hala.. takkan taknak tau betul tak ? semua nak rapat pasangan masing-masing dengan lebih erat kan ?? jadi ini lah dia cara rasulullah layan dengan isteri dia
- Mengusap air mata isteri.
Diriwayatkan dari Anas bin Malik r.a, ia berkata sebagai berikut:
“Suatu ketika Shafiyah bersama Rasulullah SAW dalam perjalanan, sedang hari itu bahagiannya. Tetapi Shafiyah sangat lambat sekali jalanya,lantas Rasulullah SAW menghadap kepadanya sedangkan ia menagis dan berkata, “Engkau membawaku di atas unta yang lembab,” Kemudian Rasulullah SAW menghapus air mata Shafiyah dengan kedua tangannya.” (HR Nasa’i dalam As-Sunanul kubra)
2. Kucupan Mesra
Diriwayatkan Saidatina Aishah r.a bahawa dia berkata :
“Sesungguhnya nabi Muhammad SAW ketika mencium salah satu isterinya, beliau mengucup lidahnya.” (HR Maqdisi dalam Dzakhiratul Hiffazh)
3.Mandi bersama isteri
Diriwayatkan Saidatina Aishah r.a bahawa dia berkata,
“Dahulu aku mandi junub bersama Rasulullah SAW dari satu bekas air di mana tangan kami bergantian mengambil air di dalamnya.”(HR Bukhari dan Muslim)
4.Tidur Di Pangkuan Isteri
Saidatina Aishah meriwayatkan,
“Dahulu Rasulullah SAW meletakkan kepalanya di pangkuanku kemudian membaca (Al-quran) sedangkan aku dalam keadaan haid.”
5.Menyikat rambut suami
Saidatina Aishah berkata,
“Dahulu aku menyikat rambut Rasullah SAW sedangkan aku dalam keadaaan haid,”(HR Bukahari Muslim)
6. Meletakkan mulut pada bekas makanan dan minuman isteri
perkara ini diriwayatkan oleh saidatina Aishah r.a la berkata,
” kadangkala Rasulallah SAW diberikan sebuah bekas(cawan) minuman kepadanya,kemudiannya, aku minum dari bekas lainsedangkan aku dalam keadaan haid.Lantas Rasulullah SAW mengambil bekas minuman ku dan meletakkan mulutnya di bekas tempat minumku. Kadangkala aku megambil tulang( yang ada sedikit dagingnya) kemudian memakan bahagian darinya,lantas Rasulullah SAW mengambilnya dan meletakkan mulutnya di bekas mulutku,”(HR Ahmad)
7.Membelai isteri
Diriwayatkan dari Urwah bin Zubair r.a meriwayatkan dari saidatina Aishah r.a ia berkata,
“Hampir setiap hari Rasulullah SAW mengunjungi semua isterinya, lantas mendekatkan setiap seorang di tempatnya (rumah). kemudian Rasulullah SAW mencium dan membelainya tanpa bersetubuh atau berpelukan.”
Aisyah berkata,”Lantas beliu menginap di rumah isteri yang mendapat giliranya.”(HR Daruquthni)
8.Mendahulukan isteri
Diriwayatkan dari Anas bin Malik r.a dalam sebuah hadis perjalanan pulang dari penaklukan khaibar,
” Kami keluar menuju Madinah, Anas berkata,” aku melihat Rasullah SAW menyiapkan tempat duduk Shafiyah di belakangnya dengan kain, kemudian ia duduk di dekat untanya dan meletakkan lututnya, lantas Shafiyah meletakkan kakinya di atas lutut beliau hingga naik ( ke unta ) .” (HR Bukhari)
9. Cara unik redakan kamarahan isteri
Ibnu Sunni dalam Amalul Yaum wal Lailah meriwayatkan dari saidatina Aisyah r.a
“ketika Aisyah marah,maka nabi SAW mencubit hidungnya dan berkata,”Wahai Uwaish(Panggilan nama singkatan Aisyah), katakanlah, ya Allah, ya Tuhan Muhammad, ampunilah dosaku,hilangkanlah kemarahan di hatiku dan selamatkan aku dari fitnah yang menyesatkan.”
10. Panggilan Khusus buat isteri
nabi SAW suka memanggil Saidatina Aisyah dengan nama panggilan singkat iaitu’Ya Aish’ atau ‘Ya Uwaisy’. Rasulullah SAW juga memanggil saidatina Aisyah dengan panggilan Humaira yang bermaksud putih kemerah-merahan.
Ibnul Atsir menyebut dalam An-Nihayah:
“Beliau ( Rasulullah SAW) sering memanggilnya Aisyah’ Ya Humaira’ yang merupakan bentuk tasghir (Panggilan Singkat) dari ‘ Hamra'(merah) sedangkan yang dimaksudkan adalah putih”