Cara Cina Berbisnes Yang Patut Kita Contohi

Bayangkan situasi kita mahu beli produk A. Kita pergi ke kedai Sien Liew . Kita tidak bernasib baik kerana produk A tiada di kedai Sien Liew. Tetiba kita diminta tunggu sebentar dan lihat pekerja Sien Liew keluar dari premis perniagaan tersebut.

Tauke kedai Sien Liew kata mahu check stock produk A di kedai lain. Apabila pekerja itu kembali semula kepada kita, produk A ada di tangannya dan tauke kedai Sien Liew jual produk A kepada kita.

Adakah anda familiar dengan situasi di atas?

Buat pengetahuan anda, salah satu cara Cina berniaga adalah dengan belian kongsi beli borong sesama peniaga Cina bagi niche yang sama. Selain kongsi beli borong, mereka juga berusaha sama-sama menghabiskan semua stok dengan keadaan sama-sama untung.

Mereka buat sedemikian agar cepat habis stok, dan mereka boleh cepat place new order pada pembekal. Kaedah ini juga merendahkan kebarangkalian stok tidak habis dan boleh keep up dengan kemasukan produk-produk baru.

Baiklah. Itu contoh bisnes cara Cina sama-sama menang.

Sekarang kita masih di kedai Sien Liew . Produk A sudah di depan mata dan kita mahu beli. Sebelum kita buat pembayaran, pelbagai suggestion dari tauke kedai Sien Liew

Katakan produk A ialah Powerbank Pineng. Tauke kedai Ah Seng kata plug asal powerbank ini tak compatible dengan plug Malaysia.

“Lu angkatlah ini adapter plug. Gua beri you harga baik punya sebab dah angkat ini 1 powerbank.”

Dia pun explain, kalau beli plug adapter ini, balik kita boleh terus pasang dan caj di plug. Kan bunyinya itu menyenangkan! Jadi, kita pun beli Powerbank Pineng dan Adapter Plug.

Apakah yang tauke kedai Sien Liew cuba lakukan sebelum kita bayar?

Dia sedang lakukan UPSELLING. Walaupun untung dia mungkin kurang sebab dah ambil produk dari kedai lain. Dia cuba upselling untuk tambah profitdaripada seorang pembeli.

Itu contoh bisnes cara Cina maksimakan keuntungan.

Kedua-dua contoh situasi itu menunjukkan konsep perniagaan orang Cina yang tidak suka cari untung seorang diri. Mereka suka kongsi ‘kek’ pasaran agar sama-sama untung dan kaya. Ini kerana orang Cina percaya tidak ada peniaga yang boleh hidup seorang diri. Mereka perlu bergantung antara satu sama lain untuk berjaya.

Contoh ketiga ini sering dilanggar oleh orang Melayu. Apabila sesebuah bisnes itu berjaya, pasti ada orang yang buka kedai/gerai baru di kawasan yang sama. Ini menyebabkan pasaran jadi tepu kerana tiada kepelbagaian dan akhirnya bersaing menurunkan harga untuk mendapatkan pelanggan.

Berbeza dengan bisnes cara Cina. Mereka menjalankan bisnes yang saling lengkap melengkapi antara satu sama lain. Jika gerai di sebelah menjual air tebu, mereka tidak menjual air tebu juga. Mereka memilih untuk jual pisang goreng (contoh). Ini biasa berlaku di kawasan terbuka yang tidak dihadkan jenis jualan seperti dua contoh di atas.

Usahasama dan kesefahaman sebegini menyebabkan tempat jualan menjadi tumpuan dan tidak tepu. Perkembangan sihat berlaku dengan adanya sokongan kuat di kalangan peniaga di kawasan tersebut. Jadi, bisnes cara Cina ini dapat mengurangkan risiko gulung tikar dan tiada persaingan harga.

Kita boleh maju dan sukses sama-sama. Apatah lagi di dalam Islam, kita digalakkan menjadi seorang usahawan yang memiliki ciri-ciri ini (dipetik dari buku Rasulullah’s Business School):

Sebaik-baik usaha adalah usaha orang-orang yang berniaga (pengusaha atau entrepreneur), yang:
1. Jika berbicara tidak dusta,
2. Jika diberi amanat tidak khianat,
3. Jika berjanji tidak meleset,
4. Jika membeli tidak mencela (barang yang akan dibelinya),
5. Jika menjual tidak memuji-muji (barang yang akan dijualnya),
6. Jika berhutang tidak menunda-nunda pembayarannya, dan
7. Jika berpiutang tidak mempersulit (orang yang berhutang)

Kesimpulannya, jadilah pengusaha atau entrepreneur yang berstrategi dan tidak berhasad dengki.

 

Leave a Comment

Your email address will not be published.