Cara Kurangkan Stress Dalam Membuat Persiapan Perkahwinan

1. Cari Bantuan: Anda tidak perlu melakukan segala-galanya! Cuba cari kawan, atau saudara-mara yang rapat untuk sama-sama membantu anda dalam menguruskan majlis perkahwinan anda. Ia adalah cara yang lebih produktif (dan lebih baik).

2. Berbincang dengan rakan-rakan tentang sesuatu yang lain daripada perkahwinan anda: Apabila rakan-rakan rapat anda dipilih untuk menjadi pengapit, perbualan yang akan kerap berlaku adalah mengenai majlis perkahwinan anda. Cuba elakkan dari kerap berbual mengenainya kerana rakan-rakan anda akan bosan mendengar sekaligus menambah tekanan kepada anda sendiri apabila merasakan rakan-rakan rapat tidak mengambil berat mengenai majlis perkahwinan padahal mereka bosan kerana selalu berborak mengenainya.

3. Hadkan waktu untuk membaca majalah perkahwinan ataupun gambar-gambar kahwin orang lain: Satu kajian baru-baru ini, menunjukkan peningkatan tahap tekanan wanita. Mengapa? Mereka membandingkan diri mereka dengan imej “sempurna” yang digambarkan didalam gambar-gambar dan majalah-majalah perkahwinan. Ingatlah bukan majlis kahwin adalah sempurna. Kekurangan mesti ada, dan disebalik gambar yang sempurna itu banyak kisah yang tidak dipaparkan.

4. Checklist : Sediakan checklist untuk perkara-perkara penting yang perlu dilakukan agar anda tidak merasakan banyak perkara yang perlu disiapkan pada satu masa tertentu.

Nak kahwin ni , jangan stress – stress okay !

Leave a Comment

Your email address will not be published.