Cara Kuruskan Badan Tanpa Set Produk Yang Mahal

Biasanya setiap orang mesti nak kuruskan ?, Terutama bila dah nak kahwin, tapi tulah… ada orang sanggup keluar duit yang banyak semata-mata botol kecil sebab nak kurus cepat. Tapi korang tau tak, ada cara nak kuruskan badan kita tanpa perlu beli produk mahal

Antaranya:-

1.MAKAN DALAM KUANTITI YANG KECIL

Bukan bermakna anda perlu makan sikit seketot macam tu, tapi makan sikit-sikit bukannya sekali “ngam” pooff terus hilang hahahah, kalau korang perasan negara timur, kenapa diorang (korean,jepun,china) kebanyakkan mereka kurus adalah diorang makan guna copstik untuk medisiplinkan makan secara perlahan-lahan. haa tu punca diorang semua kurus.

2.ELAKKAN MAKAN WAKTU MALAM

Seeloknya, makan sebelum/selepas Maghrib. Ini kerana badan memerlukan 4 jam untuk menghadamkan makanan. Bayangkan makan pukul 9 malam, anda kena berjaga sehingga pukul 1 pagi. Kalau terus tidur pukul 12 malam, alamatnya jadi gemuk la korang.

3. BANYAKKAN MAKAN BUAH-BUAHAN.

Cara kuruskan badan yang berkesan ialah dengan makan buah-buahan. antaranya buah-buahan seperti pisang terlalu banyak khasiat. Selain nutrien, buah-buahan membekalkan vitamin dan anti-oksidan untuk badan kita agar kekal sihat.

4. BANYAKKAN MINUM AIR MASAK (BUKAN AIR BERGULA)

Badan memerlukan banyak air kerana ia juga sumber semulajadi yang bagus untuk kurus, sekurang-kurangnya minum 8 gelas sehari. Kerana itu adalah untuk membuang toksin yang sukar dibuang dengan melalui air kencing, Minum air masak yang suam juga adalah lebih baik dan elakkan selalu minum air sejuk.

5.BANYAKKAN BERJALAN, BERJOGGING DAN SENAMAN

Takpayah pergi gym, Yang penting selalu bergerak, kalau nak pergi suatu tempat yang dekat, tak payah la naik motor atau kereta, jalan jee.. kerana berjalan juga dapat membakar lemak dan juga menaikkan stamina

6. TIDUR YANG CUKUP

Orang yang tak tidur dengan secukupnya akan mengalami masalah berat badan. Susah nak kurus. Kenapa? Kalau kita tidur lambat, berjaga sampai pukul 3.00 pagi, dijamin kita akan rasa lapar. Bila lapar mulalah nak masuk dapur cari makanan. Bila tak cukup tidur, metabolism kita juga akan berkurangan. takpayah nak jadi budak owl semata-mata keja rank mobile legend korang tu. tidur je.

Leave a Comment

Your email address will not be published.