Hari raya yang sepatutnya disambut dengan gembira, dah jadi lain sebab tak puas hati dengan giliran balik raya
Tahun ini, giliran balik raya kampung ayang.. Lepas sembahyang raya kita balik rumah mak abang pulak..
Apa pulak abang.. Tahun lepas masa kita balik raya rumah mak abang, Raya kelima baru abang bawak anak-anak kita balik kampung saya.. Kampung saya dengan kampung abang tu pun bukan jauh sangat pun.. Ini tak adil.
Sudahnya… masing-masing bermasam muka disebabkan sikap pentingkan diri dan tiada tolak ansur dalam rumahtangga. Jadi, saya terpanggil untuk berkongsi dengan korang Tips untuk Mengelakkan Terjadinya “Singapura Dilanda Todak” musim-musim raya ini.
So harini admin nak share Tips untuk Elakkan Suami Isteri Bergaduh di Malam Raya
-
Amalkan Sistem Giliran
Percayalah dengan sistem giliran ini pergaduhan suami isteri tak perlu nak bergaduh bagai sebab masing-masingdah sedia maklum tentang giliran kampung masing-masing. Contohnya kalau tahun ini giliran suami, tahun depan raya pertama biarlah di kampung sebelah isteri pulak. dan macam itulah seterusnya.
DAN jika, ibu bapa suami atau isteri dah tiada mungkin lebih afdal kita pulang dulu ke rumah orang tua. Ye lah, tujuan balik kampung pun nak jumpa orang tua kita kan.
DAN jika, anda suami atau isteri yang kampungnya berjauhan. Contohnya sang isteri orang kelantan, Suaminya pula orang Kuching.. Makkk aii bukan ke jauh tuh.. So, kena lah ikut bajet. Kalau mampu tiada salahnya balik kedua-dua belah, tapi kalau bajet rendah mungkin balik setahun balik sebelah pihak sajalah.
-
Kena Adil dan Saksama
Bila dah tetapkan giliran, dan dah ikut. Lain pulak yang timbul. Berapa lama pulak nak duduk kampung isteri dan kalau balik kampung suami lama mana plak kan. Untuk pasangan yang tidak kisah mungkin tiada masalah. Tapi, sebaik-baiknya haruslah berlaku adil untuk elakkan ada pihak yang berkecil hati. Kita hidup sebumbung ni tak mo lah masam-masam muka disebabkan benda-benda kecil ini. Masing-masing dah sedia maklum. kalau balik kampung isteri 2 hari, kampung suami pun 2 hari lah.
-
Tanamkan Rasa Beraya Di mana-Mana pun Takpe Asalkan Dapat Beraya
Paling penting kita kena faham tujuan balik beraya. Nak meraikan hari lebaran bersama sanak saudara dan paling penting berjumpa dengan ibu bapa tersayang. Yang paling penting keluarga kecil kita. Kita dan anak-anak. Anak-anak pastinya merasa gembira dapat berjumpa dengan atuk dan opah mereka.
-
Apa yang Kita Amal, Anak-Anak akan ikut
Dalam ISlam, kewajipan mentaati ibu bapa kandung dan ibubapa mertua adalah sama dan tidak boleh dibezakan. Jika, sistem giliran tak dapat dilakukan lebih elok kita utamakan mereka yang memerlukan kehadiran kita. Tak rugi pun kalau kita beralah kerana suatu hari nanti perkara yang sama akan berlaku pada kita.
Suatu hari nanti, kita pasti akan tua. Dan akan ada menantu. Banyangkan kalau sekarang, kita asyik nak balik kampung sebelah kita je.. Manalah tahu sautu hari nanti, anak-anak kita pula yang perlakukan kita macam tu. Asyik balik kampung belah suami dia je.
Anak-anak pastinya mengikut dan amalkan apa yang kita ajarkan kepada mereka.
Jika kita sendiri sukar untuk menghargai ibubapa, mungkin anak-anak kita juga sukar untuk hargai kita.