Dan sekarang… kami juga nak kongsikan apa 6 perangai isteri yang buat suami makin sayang dan jatuh cinta pada anda setiap hari.
Ha… lepas tahu rahsia 6 perangai ini, bolehlah kita selalu buat dekat pasangan untuk tambat hati mereka ?
6 perangai isteri yang buat suami makin sayang
1. Letak kepala di dada mereka
Kadang bila penat sangat dengan semua kerja dan masalah, isteri akan menghabiskan masa cuba meluahkan semua yang terpendam pada suami.
Ketika itulah kita ini rasa nak bermanja dan mendapat perhatian mereka. Jangan tak tahu, suami sebenarnya suka kalau kita letak kepala di dada mereka tau!

Kredit gambar: TV Tropes
Mereka rasa seperti seorang lelaki sebenar yang boleh beri perlindungan pada orang kesayangan mereka.
Jadi, kerap-keraplah letak kepala anda di dada mereka bila mengeluh dengan pasangan! Lebih seronok kalau mereka main rambut kita juga.
2. Belai lembut ketika memandu dalam kereta
Belaian lembut ketika suami memandu juga menyebabkan suami anda makin sayang pada anda! Tak kisahlah, anda boleh belai rambutnya, picit lehernya atau ulas-ulas lembut pipinya.
Suami akan rasa semua perbuatan ini satu bentuk kasih sayang dan penghargaandaripada pasangan.
3. Memuji di Facebook
Suami juga menghargai penghargaan di media sosial. Bukan isteri saja, ya! Sebab itu anda kadang-kadang bolehlah memuji tindakan mereka.
Contohnya tag mereka pada mana-mana artikel yang cakap tentang suami yang hebat ke. Atau update status Facebook yang memuji mereka ke. Mereka rasa dihargai.
Tapi jangan terlebih buat, nanti menyampah pula pembaca di Facebook!
4. Mendengar tanpa jemu
Otak wanita berfungsi secara berbeza berbanding lelaki. Kalau kita isteri boleh saja buat semua kerja dalam satu masa, sambil mengeluh dan membebel.
Tapi lelaki tak boleh. Sebab itu bila suami mula bercerita tentang sesuatu, dia akan rasa semakin jatuh cinta dan sayang pada isteri yang tak jemu mendengar ceritanya.

Suami makin sayang isteri yang tak jemu mendengar ceritanya… Kredit gambar: Woman’s Day
Walaupun apa yang dia cakap langsung kita tak faham! Tapi, teknik mendengar akan buat mereka rasa anda benar-benar menyayangi mereka.
Lepas ini anda jangan menyelit atau membebel kalau mereka nak cerita sesuatu, tau!
5. Hantar mesej/peringatan walaupun ketika sibuk
Walau sesibuk manapun seorang isteri ini, dia pasti akan terfikir pasal suaminya. Sudah makan ke belum? Sudah beli ubat sebab dia demam ke? Apa dia buat? Sibuk ke?

Kredit gambar: The New Indian Express
Macam-macam kita fikir. Jadi, bila kita hantar mesej peringatan suruh mereka makan, atau ayat simple seperti takecare saja sudah cukup untuk buat suami “makin sangkut” dengan anda.
Ini membuatkan mereka gembira kerana anda masih memikirkan tentang kesejahteraan diri mereka walaupun anda sibuk.
6. Kemesraan di tempat awam
Jangan ingat suami tak suka kalau anda tunjuk kemesraan di tempat awam. Janji tak berlebih-lebihan.
Sebenarnya, cukuplah anda memegang tangan mereka ketika ingin melintas jalan, atau membetulkan rambut dan baju mereka. Semua ini akan buat mereka makin jatuh cinta dengan si isteri.

Kredit gambar: The Independent
Betul tak para suami?
Untuk menyemarakkan rasa cinta ini, janganlah berhenti tunjuk betapa anda menyayangi mereka.
Sesungguhnya, rumah tangga yang bahagia terletak di tangan suami isteri yang bija kmengemudi cabaran dan menyemarakkan rasa cinta.