Bila nak pergi kenduri , bukan pengantin sahaja perlu cantik dan menyerlah , tetapi tetamu juga perlu kelihatan cantik dan sopan .
Memandangkan admin tulis blog ni hari Sabtu , so banyakla undangan perkahwinan yang admin kena pergi haha .
Oleh itu admin nak share dengan korang , baju apa yang patut kita pakai masa nak pegi kenduri lagi – lagi yang perempuan tu takkan nak selekeh pulakkan ?! hehe
1 . Baju kebaya
Admin memang suka baju kebaya ! Baju kebaya memang sesuai dijadikan baju untuk ke kenduri kerana potongan baju tradisional ini yang sememangnya sangat cantik dan mengikut tradisi .
2. Baju kurung
Ya ! Baju kurung adalah basic outfit kalau kita nak pergi kenduri ! hehe sungguh sopan dan tampak manis kalau anak dara berbaju kurung apabila pergi kenduri kan ?! so baju kurung ni is the important thing sangat kalau nak pergi kenduri !
3. Pakaian kasual tetapi sopan
Siapa cakap kalau pergi kenduri tak boleh pakai seluar ? boleh sangat actually sebab senang nak bergerak tapi korang kena pastikan yang pakaian korang tu sopan dan menutup aurat tau !
4 . Pakaian tradisi pelbagai bangsa .
Terdapat pelbagai pakaian berlainan bangsa seperti sari ,dan cheongsam yang boleh digayakan ketika hendak pergi kenduri , semestinya sangat cantik dan paling penting 1 Malaysia giitew ! Haaa barulah patriotik
5 . Baju Melayu untuk lelaki
Yes lelaki akan nampak hensem dan kemas kalau pakai baju melayu ! So , jangan lupa pergi kenduri pakai baju melayu ye wahai kaum lelaki .
So , itu sahaja untuk entri kalini ! Yang nak pergi kenduri tu jangan lupa pakai cantik – cantik dan hensem – hensem jangan sememeh je kalau pegi kenduri okay ! Paling penting kepada yang perempuan baju jangan sarat sangat sampai melebihi pengantin tau ! Tak over takpe yang penting kemas tau !