Cara Memilih Kasut Yang Sesuai Untuk Persandingan

Rencana ini mengandungi tips untuk memilih kasut pengantin yang paling sesuai buat majlis perkahwinan bakal pengantin. Nasihat kami kepada bakal pengantin adalah untuk jangan memandang remeh hal kasut pegantin ini kerana kasut kahwin adalah aksesori yang paling penting untuk melengkapkan pakaian pengantin anda pada majlis pernikahan mahupun majlis persandingan.

Kasut Majlis Nikah

Kasut Majlis Nikah , sumber : google

Sekiranya pakaian menarik ditambahlah solekan yang menawan tidak dilengkapkan dengan sepasang kasut kahwin yang sesuai, fesyen pengantin tidak akan sempurna. Sepasang kasut kahwin yang ekslusif diperlukan untuk melengkapkan pakaian di majlis pernikahan dan bersandingan.

Jikalau anda terlupa atau memandang ringan kasut kahwin anda – anda sedang melakukan kesilapan yang amat besar!

Sebagai raja sehari anda menjadi tumpuan lirikan manja tetamu daripada hiasan kepala hinggalah ke kaki bahkan pemerhatian akan menjalar pula kepada hantaran dan apa jua yang berkaitan dengan pengantin. Jadi anda seharusnya tidak melupakan tentang kasut pengantin meskipun ianya hanya sesuatu yang kecil di hujung kaki yang kadang kala tersembunyi di belakang kain pengantin.

Elakkan daripada membeli kasut di saat-saat akhir kerana ia mungkin memburukkan keadaan. Elakkan diri anda daripada keadaan tergesa-gesa pastinya sukar untuk mendapatkan yang terbaik. Keadaan sebergini akan menambahkan tekanan pada majlis perkahwinin anda.

Langkah- langkah memilah Kasut Perkahwinan

1. Sediakan dan tentukan budjet yang diperuntukkan untuk membeli kasut pengantin anda.
2. Tentukan pakaian pengantin anda terlebih dahulu sebelum memilih kasut kahwin anda.
3. Pilihlah ketinggian tumit yang sesuai untuk anda. Jikalau anda tidak senang memakai tumit yang terlalu tinggi, pilihlah tumit kasut yang lebih rendah.
4. Pastikan fabrik dan warna kasut pengantin anda sepadan dengan pakain pengantin anda.
5. Warna kasut kahwin anda seharusnya sepadan dengan pakaian pengantin anda.
6. Pilihlah reka bentuk kasut kahwin yang sepadan dengan kaki anda. Tidak semua orang sesuai memakai kasut kahwin yang terbuka.

Kasut Kahwin Yang Sesuai

Kasut Kahwin Yang Sesuai , sumber : google

Pastikan semua bakal pengantin memilih kasut dengan betul pada majlis persandingan nanti !

Leave a Comment

Your email address will not be published.