Cara Mengeratkan Hubungan Silaturrahim Dengan Keluarga Mertua

Selepas mendirikan rumahtangga , keluarga mertua adalah keluarga kita , pada entri kalini kami akan memberikan cara bagaimana untuk mengeratkan hubungan dengan keluarga mertua

1. Makan bersama dengan ahli keluarga yang besar seperti masa kenduri ke..makan malam ke..

2. Solat berjemaah bersama.

3. Melakukan aktiviti beriadah ataupun keluar shopping bersama.

4  Menceritakan masalah dengan keluarga yang terdekat.

5. Mengadakan Hari Keluarga.Ini melibatkan keluarga yang ramai. (Aktiviti ni, keluarga aku ada amalkan. Kitorang ada wujudkan Dana Keluarga dan setiap tahun akan ada aktiviti besar yang melibatkan semua keluarga.)Ini antara penyumbang mengeratkan lagi hubungan persaudaraan. Yang jauh, kita dekat-dekatkan..

6. Ambil tahu masalah mereka untuk membantu .

7. Melancong.Yang ni, bergantung pada ekonomi keluarga masing-masing. tak dapat yang jauh, yang dekat pun memadai..Cukuplah kalau semua keluarga berkumpul dan membuatkan aktiviti bersama..

8. Melibatkan semua anggota keluarga dalam aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan rumah bersama-sama.

9. Menyambut hari penting (contohnya hari lahir).

10. Yang terakhir..komunikasi antara satu sama lain penting..Kalau dapat telefon bertanya khabar sebulan sekali pun dah OK..kalau nak berjumpa kan susah sikit..

Ok, itu antara 10 amalan yang kalau kita semua amalkan, InsyaAllah, hubungan antara keluarga kita akan bertambah erat.. Akhir kata, “Air yang dicincang tak akan putus“. Korang ada tak buat macam tu? ..Ke ada yang nak tambah?Jom kongsi kat sini..
/bye

Leave comment

Your email address will not be published. Required fields are marked with *.