a
Dalam hal ini pasti akan tertanya-tanya bagai mana nak menarik minat anak mereka terhadap solat terawihkan, sering kali dengar anak masih lagi kecil, tak berdaya, main-main dan buat bising dalam masjid sehingga ibu bapa sendiri tidak tahu cara nak menarik minat anak-anak dalam solat terawih ini. Haaa… ini caranya:
PANDUAN MENARIK MINAT ANAK SOLAT TARAWIH
1. Gunakan sistem ganjaran. contohnya selepas solat beri dia sesuatu benda seperti coklat atau sesuatu berbentuk material
2. Baca surah pendek daripada Juz Amma. Ini supaya dapat menarik minat kanak-kanak kerana lebih mudah bagi mereka untuk kenal pasti surah itu dan turut serta dalam bacaan sewaktu solat.
3. Guna waktu di antara solat tarawih untuk berinteraksi, bercerita, santai-santai bersama anak. Ambil waktu rehat, jangan terus sambung solat kerana dikhuatiri kanak-kanak bosan.
4. Guna pakaian yang cantik semasa bertarawih untuk meriahkan lagi suasana.
5. Hiasi ruang solat untuk suntik keistimewaan. Contohnya, buat bentuk masjid menggunakan kadbod.
6. Zahirkan penghargaan dan perasaan gembira kita atas kejayaan mereka berjemaah.
7. Fahamkan bahawa mereka sedang membuat Allah swt senang dan mengikuti perbuatan baginda Nabi Muhammad saw.
8. Hidupkan semangat bertanding antara mereka, dengan menggalakkan mereka bergilir-gilir melaungkan azan, membaca doa.
Sumber: USTAZ MUHAMAD NUZHAN ABDUL HALIM