Cara Menghadapi Isu Kewangan Dalam RumahTangga

Memang benar rezeki akan datang melimpah-ruah tapi itu pun dengan usaha keras.

Buat mereka yang bakal mendirikan rumah tangga, wang bukanlah perkara yang boleh datang dalam sekelip mata atau hanya boleh dicakap-cakap. Malah sebelum kahwin juga kita memerlukan wang banyak untuk menyelesaikan tentang kenduri dan majlis, lagikan pula selepas kahwin.

Artikel terbuka ini khas untuk si suami dan isteri kerana masing-masing punya peranan dalam menyediakan keperluan isi rumah tangga. Dalam islam mensyaratkan seseorang yang ingin berkahwin mesti mampu dalam segi fizikalmental (termasuk kerohanian) dan kewanganHanya dengan tiga perkara utama ini, kebahagiaan dalam perkahwinan dapat dicapai. 

Tabung rumah

Sikap menyimpan amat penting kerana ia memberi faedah pada hari susah nanti. Sediakan satu tabung rumah untuk keperluan kecemasan anda dan keluarga.

Foto – Google

Suami malas kerja?

Islam mengamanatkan suami untuk menyediakan nafkah zahir dan batin kepada isteri mengikut kemampuannya seperti makanan yang cukup, tempat tinggal dan pakaian. Runtuh institut rumah tangga kalau si suami mula melepek di rumah. Si isteri tegurlah suami anda jika dia tidak mahu keluar mencari rezeki, paksalah si dia. Jangan pula anda bersusah-payah menjaga biawak hidup, lebih baik hidup sendiri.

Foto – Unilad

Jangan bermewah

Bukan suruh hidup kasi pagi makan pagi, kasi petang makan petang tapi janganlah hari pertama dapat gaji terus merancang untuk menghabiskannya. Seeloknya matangkan fikiran anda, fikir keperluan hidup dahulu seperti barang dapur dan keperluan rumah atau diri. Ini tidak, suami isteri sama sahaja…dapat gaji terus pergi berlibur akhir bulan sanggup kurung dalam bilik berlapar.

Foto – Shutterstock

Sedar diri 

Tolonglah jangan berangan nak kahwin kalau pemalas dan beli makan minum sendiri pun belum cukup. Ramai sangat anak muda sekarang yang gemar mengupas topik kahwin tapi tidak mengenal erti sebenar berumah tangga. Sekian daripada admin .

Leave a Comment

Your email address will not be published.