Perkahwinan adalah merupakan ibarat sebuah masjid yang telah dibina dengan baik . Pelbagai dugaan sebelum dan selepas berkahwin perlu dihadapi dengan baik demi mengekalkan sesebuah perhubungan serta menguatkan perasaan cinta dan kasih sayang terhadap pasangan . Di sini terdapat cara untuk menguatkan perasaan cinta dan kasih sayang iaitu :
1 Jangan pentingkan diri sendiri, sebaliknya pentingkan pasangan
Jika anda perasan yang kalian asyik meluangkan masa dengan media sosial berbanding bermesra dan bermanja ketika free, mungkin kalian berdua kena fikir sejenak tentang siapa yang perlu dipentingkan.
Jawapan paling tepat tentang siapa yang perlu dipentingkan dalam perkahwinan adalah pasangan. Kalau anda rasa anda tidak cukup mementingkan suami, cuba keluarkan tenaga untuk mengubahnya.
Kalau anda rasa suami seakan semakin tidak menghiraukan anda, beritahu secara jujur padanya tentang apa anda rasa.
2 Tetapkan peraturan penting
Selepas berkahwin, atau sepatutnya sebelum berkahwin, kalian berdua kena bawa berbincang peraturan penting tentang bagaimana kalian melayan orang lain.
Contohnya mungkin ada pasangan yang anggap “terlalu ramah seakan menggoda” orang lain adalah perkara normal. Tapi, ada pasangan yang anggap ia sebagai curang.
Jadi tetapkan awal-awal apa yang kalian mahu. Ia menjimatkan masa supaya anda tak bergaduh kelak bila timbul salah faham.
3 Cuba jauhkan diri dari peluang berlaku curang
Jika anda rasa seakan-akan mulai jatuh cinta dan tertarik dengan rakan sepejabat, atau ada rakan anda yang seolah-olah cuba menggoda anda, cuba lari dan jauhkan diri dari situasi itu!
Curang dalam perkahwinan adalah satu keputusan yang terletak di tangan anda. Jika anda menjauhkan diri daripada sebarang peluang yang boleh membawa kepada kecurangan, anda mungkin boleh berjaya.
Contohnya, elakkan diri daripada terlalu lama di luar tanpa pasangan, pergi melancong seorang diri, terlalu banyak masa bersendirian berbanding bersama pasangan dan sebagainya.
Kalau boleh, cuba buat sebarang aktiviti dengan pasangan agar kalian semakin rapat.
4 Bersikap terbuka dengan pasangan
Cuba cipta kebahagiaan dalam rumah tangga anda dengan bersikap terbuka bersama pasangan. Jika kalian jujur, kes curang dalam perkahwinan susah nak terjadi.
Anda dan pasangan sepatutnya berasa selesa untuk bercerita dan berkongsi apa saja perasaan dan buah fikiran dengan masing-masing. Kejujuran akan membuatkan kalian lebih rapat dan memahami satu sama lain dengan lebih baik.
5 Jangan lupa sentuhan!
Memenuhi keperluan seksual adalah perkara paling penting untuk membentuk rumah tangga yang sihat. Jadi, jangan lupa sentuhan daripada anda itu akan membentuk intimasi di antara satu sama lain.
Melalui sentuhan juga boleh menghaslikan getaran rasa kasih dan sayang di antara satu sama lain.
6 Jangan biarkan cemburu buat kalian bergaduh
Kebiasaannya, pasangan berkahwin akan kerap bergaduh jika salah seorang daripada kalian kuat cemburu. Jangan begini.
Cemburu sebenarnya adalah duri dalam daging. Jika anda rasa cemburu kerana suami tak beri sepenuh perhatian pada anda, jangan terus maki-hamun dirinya.
Sebaliknya, anda patut buat sebarang perubahan untuk biar suami “sedar” kelainan yang anda bawa. Kalau anda cemburu dia rapat dengan seseorang, cakap padanya terus!
7 Jumpa pakar kaunseling
Berjumpa pakar kaunseling bukan bermaksud perkahwinan kalian bermasalah. Sebaliknya, kaunseling mampu membuatkan kalian berubah untuk menjadi lebih baik.
Ramai pasangan suami isteri mengatakan kaunseling membuatkan mereka berkomunikasi dengan lebih baik, malah lebih memahami pasangan.
Jangan tunggu sampai perkahwinan sudah porak-peranda baru anda cuba untuk mendapatkan bantuan!
Apapun, pilihan untuk curang sebenarnya ditentukan oleh 2 pihak. Anda boleh mengelak berlaku curang dalam perkahwinan jika anda tegas untuk menjauhkan diri dengan anasir yang tidak sepatutnya, dan mengamalkan 7 tips di atas.
Kami sentiasa mendoakan agar mahligai indah yang dibina anda itu kekal hingga ke anak cucu. Mari sama-sama kita menjaga perkahwinan kita, ya!