Cara Menyimpan Duit

Ada orang kata, untuk membezakan orang kaya dan orang miskin, perhatikan tabiat menyimpan mereka. Sejauh mana kebenaran kata-kata itu, saya tak ingin debatkan. Macam mana nak simpan duit dengan mudah?

Menabung duit ini ialah satu kemahiran. Sebagaimana kemahiran yang lain, ada orang yang dari kecil dah cekap, ada orang yang hanya apabila dewasa baru tahu caranya.

Kemahiran bukan seperti bakat smeulajadi. Kemahiran menyimpan duit ini boleh dipelajari dan dilatih. Hasilnya bergantung kepada cara dan usaha individu. Disini saya kongsikan  tips untuk menabung dengan mudah.

#1 Berikan duit kepada diri sendiri terlebih dahulu.

Bunyinya seolah-olah dialog Haji Bakhil. Cuba tanya mana-mana penasihat kewangan, mereka akan bersetuju; pay yourself first. Semoga kita dijauhkan dari sifat kedekut dan bakhil, tapi jika kita tidak mempunyai apa-apa, bagaimana kita mampu membantu sesiapa?

Ada orang kata, untuk membezakan orang kaya dan orang miskin, perhatikan tabiat menyimpan mereka. Sejauh mana kebenaran kata-kata itu, saya tak ingin debatkan. Macam mana nak simpan duit dengan mudah?

Menabung duit ini ialah satu kemahiran. Sebagaimana kemahiran yang lain, ada orang yang dari kecil dah cekap, ada orang yang hanya apabila dewasa baru tahu caranya.

Kemahiran bukan seperti bakat smeulajadi. Kemahiran menyimpan duit ini boleh dipelajari dan dilatih. Hasilnya bergantung kepada cara dan usaha individu. Disini saya kongsikan 21 tips untuk menabung dengan mudah.

Berapa akaun bank kita perlu ada? Kenapa kita perlua ada sekurang-kurangnya tiga akaun bank?

Tujuannya ialah supaya kita kenal perasaan gembira apabila mampu membayar diri sendiri dengan jumlah yang banyak. Begitu juga supaya kita sentiasa ingat kesedihan yang kita rasa kerana hanya mampu membayar diri sendiri sebanyak sepuluh sen, lebih sayu lagi hanya mampu sekadar lima sen.

Teknik ini amat sesuai untuk mereka yang tercari-cari cara menyimpan duit gaji yang kecil. Bergaji kecil bermakna banyak perkara yang perlu dilangsaikan. Hutang, bil, keperluan diri dan keluarga, akhirnya tiada yang tinggal. Penyelesaiannya, bayarlah diri sendiri dahulu, selepas itu barulah bayar hutang, bil dan dibelanjakan.

Duit yang dibayar ini, diasingkan sehingga ingin bersara.

 

#2 Tetapkan matlamat menyimpan, satu matlamat dalam satu masa.

Kebanyakan mereka yang menyimpan tanpa tujuan akan secara tiba-tiba menggunakan duit yang ditabung untuk membeli sesuatu, kemudian menyesal. Inilah cara menyimpan duit bagi pelajar sekolah. Saya katakan begitu kerana mempunyai sasaran untuk menyimpan adalah asas untuk menabung.

Bagi pelajar, sekolah atau universiti, kebanyakannya tidak mempunyai pendapatan tetap. Duit belanja atau biasiswa hanya dapat digunakan untuk menampung keperluan yang amat asas sahaja.

Tapi, kita boleh lihat ada pelajar yang mampu membeli gadget atau barangan lain yang boleh dikatakan mahal. Bagaimana mereka mampu membeli benda itu?

Menyimpan tanpa matlamat, umpama memandu tanpa arah.

Jawapannya ialah kerana mereka mempunyai matlamat dan keinginan yang kuat. Dengan sasaran yang jelas, contohnya untuk memiliki iPhone, mereka akan mula ‘mengikat perut’ dan mempertimbangkan setiap sen yang dibelanjakan, semata-mata untuk mencapai hajat tadi.

Konsep inilah yang perlu kita bawa sehingga dewasa. Dalam alam pekerjaan dan berkeluarga terlampau banyak komitmen yang perlu kita penuhi. Tetapkan sasaran jangka masa pendek dan panjang, tetapi tidak terlampau banyak sasaran pada sesuatu masa.

Contohnya sepasang suami isteri yang baru berkahwin dan duduk di rumah sewa dan baru ingin memulakan kehidupan berkeluarga. Kesilapan paling besar dan kerap dilakukan ialah dengan berhutang untuk membeli perabot dan kelengkapan rumah sekaligus.

Jika kita menggunakan cara menyimpan duit #2 ini kita akan memilih cara yang berbeza. Perkara pertama dibeli mungkin sekadar tilam dan dapur sahaja. Pada bulan berikutnya mungkin kita menetapkan mesin basuh sebagai matlamat simpanan.

Simpan dan beli tunai. Apabila sudah tercapai, ubah pula matlamat tadi kepada peti sejuk, begitulah seterusnya sehingga semua dilengkapkan.

Kaedah ini akan mengajar kita membezakan mana satu yang penting dan perlu diutamakan. Kaedah ini mengajar kita perbezaan antara keperluan dan kemahuan.

 

Leave a Comment

Your email address will not be published.