Kita sering kali dengar khabar angina bahawa cinta jarak jauh sukar nak kekal lama atas alasan pasangan curang dan tidak setia, di samping faktor-faktor lain yang akhirnya menyebabkan ia putus di pertengahan jalan. Siapa yang mahu menderita kerinduan apabila berjauhan dengan orang yang disayangi?
Pastinya mereka yang kuat semangat dan saling mempercayai sahaja boleh melaluinya dengan penuh sabar, apatah lagi bagi pasangan yang sudah berkahwin dan terpaksa berjauhan atas tuntutan kerja.
Jangan jadikan cerita jarak jauh sebagai alasan untuk anda curang dan tidak setia dengan pasangan. Setia dan percayalah kepadanya dengan mengamalkan lima tip ini agar cinta jarak yang anda berdua bina berkekalan buat selamanya.
- Percaya Kepada Pasangan
Selalu sahaja kita dengar, apa gunanya bercinta kalau tiada kepercayaan dalam perhubungan. Kepercayaan adalaah asas terutamanya dalam perhubungan yang ingin kekal selain rasa bahagia sampai ke penghujung hendaknya. Jadi, percayalah pada pasangan anda takala berjauhan. Namun, janganlah pula percaya kepadanya 100%. Letakkan sedikit untuk diri sendiri agar tidak nanti anda kecewa jika takdir tidak menyebelahi hubungan anda berdua.
2. Selalu Setia
Dalam cinta jarak jauh ini , saling setia perlulah ditanamkan dalam diri agar hubngan itu boleh kekal lama. Tidak kisah yang belum atau sudah berkahwin, perempuan ataupun lelaki, kedua-duanya perlu setia dalam perhbungan. Jangan nanti tahu-tahu sahaja dan orang ketiga!
3. Kerap Berhubung Dan Berkomunikasi
Sudahnya semestinya berjauhan itu satu yang menyakitkan,namun rindu yang bertandang kala berjauhan pastinya membuatkan hubungan lebih kekal lama jika anda saling menrindui satu sama lain. Apatah lagi teknologi kini tanpa sempadan, jadi bukan alasan untuk anda dan pasangan untuk tidak berhubung antara satu sama lain. Lepaskan rindu anda dengan pasangan menerusi Facetime, WhatsApp dan banyak lagi. Sekiranya anda kerap berhubung, anda akan dapat merasakan seolah-olah anda dekat antara satu sama lain yang mana menghilangkan kerinduan.
4. Beri Kejutan Dan Hadiah
Bukanlah sesuatu yang salah sekiranya anda duduk berjauhan dengan tujuan untum mengingati satu sama lain dengan cara memberikan hadiah kepada orang yang disayangi. Apabila berjauhan, mungkin anda ingin mengirimkan tanda sayang dan rindu kepada pasangan agar kekal ingat kepada anda. Sesekali buatlah kejutan dengan menghantar bunga dan hadiah atau apa sahaja yang boleh membantu hubungan anda jadi lebih romantic.
5. Jangan Putus Doa
Bagi yang belum berkahwin, sentiasalah berdoaagar hubungan anda berkekalan hingga ke jinjang pelamin seperti yang anda dan pasangan idamkan. Namun, jika takdir tidak menyebelahi, terimalah ia sebagai takdir Tuhan untuk memberi pentunjuk yang ada lagi orang lebih baik daripada si dia. Bagi yang sudah berkahwin pula, semestinya anda perlu kekal berdoa agar si dia yang jauh di mata sentiasa dilindungi dan hubungan perkahwinan yang sudah sah itu kekal bahagia hingga ke syurga.