Cuba Cara Ni Untuk Simpan Duit Kahwin

Perihal perkahwinan tentunya memerlukan modal atau jumlah yang besar untuk perbelanjaan majlis, hantaran, tempahan busana, kad jemputan dan lain-lain lagi.

Oleh itu, setiap pasangan perlu lebih bersedia daripada segi metal, fizikal serta sudut kewangan khususnya. Anda sangat digalakkan untuk ambil tahu pasal bajet perkahwinan dan cara menguruskan wang tersebut supaya tidak berdepan masalah kewangan selepas berkahwin.

  1. Kurangkan Membeli Gajet Elektronik

Sekiranya anda metupakan penggemar gajet elektronik, anda juga dinasihatkan untuk meletakkan hasrat anda untuk membeli gajet terbaru ditepi dulu.  Hal ini demikian kerana wang tersebut boleh digunakan untuk majlis perkahwinan anda kelak.

2. Membeli Belah Ketika Ada Potongan Harga Sahaja

Ini sesuatu yang sangat digalakkan kerana pada ketika itu mungkin dapat potongan harga jauh lebih murah daripada sebelumnya. Anda juga diansihatkan jangan terlalu mengikut hawa nafsu ketika membeli belah kelak.

3. Jangan Mementingkan Stardard Anda

Berhutang memberi bebanan kepada anda sehingga menyebabkan anda dan pasangan tidak bahagia. Ramai pasangan yang hidup tersepit dengan hutang terlalu banyak hanya kerana menginginkan majlis perkahwinan yang mewah dan tamapak gah.

4. Awasi Perbelanjaan Anda Setiap Bulan

Apa yang pasti perbelanjaaan setiap bulan mempengaruhi simpanan kewangan anda. Jika anda berbelanja lebih, segala bajet yang telah anda tetapkan akan berubah dan menyusahkan anda kelak.

5. Menyewa Busana Perkahwinan

Apa ssewajarnya anda lakukan adalah elakkan menempah pakaian yang baru kerana khidmat menyewa pakaian lebih murah. Terdapat juga perkhidmatan dimana anda boleh menempaah pakaian perkahwinan yang baru tetapi Cuma sewa sahaja. Ini bermakna selepas memakai busana tersebut, anda perlu memulangkan semula kepada butik pengantin dan harganya jauh lebih murah daripada membeli terus pakaian perkahwinan itu.

6. Tempah Fotografi

Buat tempahan perkhidmatan fotografi, katering dan kad jemputan semasa promosi atau di pameran perkahwinan. Selalunya diskaun hebat akan diberikan.

7. Jangan Merokok

Untuk kaum lelaki merokok bukan shaja tidak baik untuk kesihatan untuk kesihatan tetapi ia mebazirkan wang anda. Jika anda campur tolak wang yang telah anda belanjakan untuk membeli rokok pasti anda akan terkejut dengan jumlahnya. 

8. Elakkan Berhutang Kad Kredit

Kad kredit boleh dikatakan ada baik dan buruknya. Tetapi bagi individu yang tidak tahu menggunakan kad kredit secara berhemat anda dinasihatkan jangan sessekali memakainya. Berbelanja dengan hanya `swipe`  menyebabkan anda yang pening kepala untuk membayar hutang tersebut.

Leave a Comment

Your email address will not be published.