Curang Itu Pilihan Bukan Alasan. 5 Tips Elak Pasangan Curang Selepas Bertahun Kahwin

Curang dalm perkahwinan sering berlaku sekiranya pasangan leka. Semakin maju zaman sekarang disebabkan peningkatan teknologi, semakin banyak mahligai indah yang dibina antara pasangan suami isteri musnah angkara kes curang dalam perkahwinan.

 Mungkin ramai yang menganggap curang adlah masalah utama kerana pasangan ulai bosan dengan kehidupan berkeluarga. Pasangan yang curang memilih untuk menipu dan berlaku curang dengan pasangan mereka di belakang. Di sini kami berkongsi 6tips boleh mengelakkan kes curang dalam rumah tangga anda.

  1. Jangan Pentingkan Diri Sendiri, Sebaliknya Pentingkan Pasangan

JIka anda perasan yang kalian asyik meluangkan masa dengan media social berbanding bermesradan bermanja ketika free, mungkin kalian terfikir sejenak tentang siapa yang perlu dipentingkan.

Jawapan yang palaing tepat tentang siapa yang perlu dipentingkan dalam perkahwinan adalah pasangan. Kalau anda rasa anda tidak cukup mementingkan suami, cuba keluarkan tenaga untuk mengubahnya

Kalau anda rasa suami seakan semakin tidak menghiraukan anda, beritahu secara jujur padanya tentang apa anda rasa.

2. Tetapkan Peraturan Penting

Selepas berkahwin, atau sepatutnya sebelum berkahwin, kalian berdua kena bawa berbincang peraturan penting tentang bagaimana kalian melayan orang lain.

Contohnya mungkin ada pasangan yang anggap ‘ terlalu ramah seaakan mengoda’ orang lain adalah perkara normal. Tapi, ada pasangan yang anggap ianya sebagai curang.

Jadi tetapkan awal-awal apa yang kalian mahu. Ia menjimatkan masa supaya anda tak bergaduh kelak sekiranya berlaku salah faham.

3. Cuba Jauhkan Diri Dari Peluang Berlaku Curang

Jika anda rasa seakan-akan mulai jatuh cinta dan tertarik dengan rakan sepejabat atau rakan anda seoleh-oleh cuba menggoda anda, cuba lari dan jauhkan diri dari situasi itu.

Curang dalam perkahwinan adalah satu keputusan yang terletak di tangan anda. Jiaka anda menjauhkan diri daripada sebarang peluang yang boleh membawa kepada kecurangan, ada mungkin boleh berjaya.

Contohnya,elakkan diri daripada terlalu lama di luar tanpa pasangan, pergi, melancong seorang diri, terlalu banyak masa bersendirian berbanding bersama pasangan dan sebagainya. Kalau boleh, cuba buat sebarang aktiviti dengan pasangan agar kalian semakin rapat.

4. Bersikap Terbuka Dengan Pasangan

Cuba cipta kebahagian dalam rumah tangga dengan bersikap terbuka bersama pasangan. Jika kalian jujur, kes curang dalam perkahwinan susah nak terjadi. Anda dan pasangan sepatutnya berasa selesa untuk bercerita dan berkongsi apa saja perasaan dan buah fikiran dengan masing-masing. Kejujuran akan membuatkan kalian lebih rapat dan memahami satu sama lain dengan lebih baik.

5. Jangan Biarkan Cemburu Buat Kalian Bergaduh

Kebiasaannya, pasangan berkahwin akan kerap bergaduh jika salah seorang daripada kalian kuat cemburu. Cemburu sebernya adalah duri dalam daging. Jika anda rasa cemburu kerana suami tidak beri sepenuhnya perhatian pada anda , jangan terus maki-hamun dirinya.

Sebaliknya, anda patut buat sebarang perubahan untuk biar suami ‘sedar’ kelainan yang anda bawa. Kalau anda cemburu dia rapat dengan seseorang , berterus-terang dengannya.

Leave a Comment

Your email address will not be published.