Kita sering kali mendengar perkataan nusyuz yang dikaitkan dengan perangai isteri. Wanita terutamanya yang bergelar isteri sangat takut kepada perkataan nusyuz kerana memperlihatkan perangai buruk yang menyebabkan dia diceraikan.
Perkara ini boleh menimbulkan perbalahan dan pergaduhan lebih besar menyebabkan ianya berakhir dengan penceraian. Dalam hal ini, terkadang isteri bersikap agresif dimana sampai tahap meninggikan suara, membantah dan melawan kehendak suaminya tanpa sebab munasabah mengikut hukum syarak.
Perkara ini disebut sebagai nusyuz yang juga boleh dikategori sebagai derhaka. Apabila ia berlaku, gugurlah hak isteri untuk mendapatkan nafkah sehingga dia bertaubat.
Setiap pasangan yang berkahwin akan mengimpikan rumah tangga yang bahagia dan harmoni. Ikatan suci yang telah dibina seharusnya dipelihara dengan sebaik mungkin supaya dilimpahi rahmat Allah serta kasih sayang akan terjalin antara suami isteri tersebut.
Sebaik sahaja wujudnya satu ikatan perkahwinan, maka hubungan itu perlulah dijaga setiap pasangan lebih-lebih lagi si isteri, jika isteri tidak menjaga hubungannya dengan si suami, akan jatuh nusyuz baginya.
Perkara-perkara Mengakibatkan Isteri Nusyuz
- Tidak Mengendahkan Panggilan Suami
Walaupun sibuk menguruskan hal rumah tangga dan anak-anak, namun apabila suami memanggil isteri, isteri hendaklah segera mendapatkan suami dan bukan mengendahkannya. Suami menjadi keutamaan isteri walaupun sibuk bekerja.
2. Enggan Mengikut Suami Berpindah
Jika si suami yang bekerja ditugaskan ke tempat lain dan menyebabkan dia terpaksa berpindah , maka Si isteri juga wajib mengikutnya. Jika si isteri gagal berbuat demikian, maka akan jatuh nusyuz padanya. Terdapat keadaan yang dibenarkan untuk si isteri untuk tidak mengikut si suami di mana isteri mengalami keuzuran, sakit, negeri yang bakal dituju tidak aman ataupun dilanda wabak penyakit seperti taun.
3. Keluar dari Rumah Tanpa Keizinan Suami
Apabila Si isteri ingin keluar dari rumah sama ada hendak pergi kerja atau mana-mana sahaja, Si isteri haruslah meminta izin daripada suami terlebih dahulu. Namun terdapat beberapa yang dikecualikan seperti isteri pergi bertemu dengan pegawai agama untuk menuntut hak serta isteri pergi mencari nafkah dimana si suami tidak mampu mencari nafkah untuknya. Selain itu, terdapat satu keadaan dimana, kalau si Isteri meminta izin untuk bertemu dengan ibu bapanya atau menziarahi jenazah ibu atau bapanya, suami juga berhak untuk tidak mengizinkannya. Namun, dalam situasi ini, adalah lebih baik jika suami mengizinkannya.
4. Tidak Membuka Pintu Untuk Suami
Isteri boleh dianggap nusyuz jika tidak membuka pintu kepada suami masuk ke rumah atau bilik dengan tujuan melarang suami masuk.
Wahai Bakal Isteri⦠Tahukah Anda?
- Apabila seorang suami pulang ke rumah dalam keadaan letih dan isteri melayaninya dengan baik, maka isteri akan mendapat pahala jihad.
- Seorang isteri yang tidak tidur lena kerana menjaga anak atau suami yang sakit, maka dia akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
- Isteri yang melihat suaminya dengan penuh kasih sayang, Allah akan memandangnya dengan penuh rahmat.
- Isteri yang menyapu lantai sambil berzikir dan bukan merungut, Allah akan memberi ganjaran pahala seperti menyapu lantai baitullah.
- Isteri yang memincit kepala suaminya tanpa disuruh akan mendapat tujuh ketul emas manakala jika disuruh, akan mendapat tujuh ketul perak.
- Bagi isteri yang berkhidmat tanpa derhaka dalam hati, maka dia akan mendapat pahala seperti menunaikan solat selama 12 tahun.
- Kemudian, bagi isteri yang menunaikan solat di awal waktu, menggantikan puasanya dengan cepat dan taat kepada suami, Allah akan mengizinkannya masuk ke syurga dengan pintu mana yang disukai.
- Apabila isteri menjemur baju, maka matahari akan mendoakan keampunannya.
- Isteri yang taat akan memasuki syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya dan akan menjadi ketua bidadari.