Elak Kekeruhan Dalam Rumah Tangga, Suami Isteri Aturlah Kewangan Dengan Bijak

Tidak dinafikan ada masanya punca pertengkaran adalah kerana pasangan tidak jujur dalam hal kewangan. Adalah lebih baik sekiranya dalam rumah tangga yang harmoni, bersikap jujur dengan pasangan dapat merungkai pelbagai masalah kewangan. Sebaiknya berbincanglah dengan baik untuk mencari penyelesai bukannya dengan pertengkaran.

  1. Mempunyai Kata Sepakat Sebelum Membelanjakan Wang

Sebaiknya adalah lebih baik buat aturan terlebih dahulu yang mana perlu, kata sepakat dari pasangan serta keluarga sebelum membuat sebarang tindakan untuk membeli sesuatu barang. Misalnya menentukan berapa peratus wang yang perlu anda asingkan untuk tabungan, pelaburan, melangsai hutang, tabung kecemasan dan sebagainya.

2. Terbuka

Tindakan yang pertama anda dapat lakukan untuk megelakkan masalah kewangan adalah bersikap terbuka kepada sesiapa sahaja baik pasangan, ibu bapa juga anak-anak. Masalah kewangan sepatutnya tidak perlu dipendam sendiri. Oleh itu, adalah lebih elok sekiranya anda berkongsi bersama orang- orang terdekat ketika anda menghadapi hal yang buruk dalam bab kewangan.  Anda dapat membincang semua keputusan yang melibatkan kewangan seperti pengeluaran, kemasukan, tabungan, pelaburan dan sebagainya.

3. Menabung

Anda tidak perlulah terlalu banyak menabung wang di bank. Hanya dengan sejumlah wang sahaja anda sudah boleh membuat simpanan yang bermanfaat.

4. Bincang Mengenai Tabungan

Untuk penyimpanan wang pula, terpulang kepada anda apa pun caranya. Anda boleh simpan secara seorang ataupun tabungan bersama pasangan. Kedua-dua tabungan sama-sama memberi manfaat.  Dalam hal ini, supaya tidak tersalah mengambil langkah adalah lebih baik sekiranya berbincang terlebih dahulu.

5. Mengasingkan Pengeluaran

Adalah lebih baik sekiranya anda melakukan pengasing wang mengikut keperluan terlebih dahulu sebelum melakukan sebarang pengeluaran. Ini sangatlah bermanfaat, terutamanya bila anda melakukannya pada awal perkahwinan.

Dengan cara ini anda boleh menganggar seberapa banyak pengeluaran wang untuk rumah tanggan setiap hari ataupun bulannya.

Leave a Comment

Your email address will not be published.