Setiap kali lelaki melangkaui usia, pasti ada sesuatu yang bermain di mindanya. Entah apa yang difikirkan, terselit di fikiranya yang sukar diramalkan. Semakin meningkat usia, semakin tinggi keinginan yang dihajatkan. Jadi, kenali perilaku lelaki mengikut peredaran usia mereka.
Berikut 8 perubahan perwatakan lelaki disebabkan factor peredaran usia:
- Memberontak adlah perkara biasa di usia remaja
USIA 20-AN
Pelbagai pekara yang ingin dicubanya, jika ia tidak dapat dilaksanakan maka jiwa mula memberontak demi mendapatkan apa yang mereka mahukan. Semakin ianya ditengah keinginan untuk melakukanya semakin tinggi, di dalam lingkuangan umur ini, mereka ingin melakukkan sesuatu yang luar jangkaan dan segala-galanya dilakukan mengikut emosi tanpa memikirkan kesan daripadanya.
2. Sukar Lekat di Rumah
Lihat sahaja kawan lelaki anda, adakahmereka kerap berada di rumah ataupun lebih memilih untuk keluar melepak bersama rakan-rakan. Di usia ini, remaja lelaki tidak suka dipaksa untuk sentiasa tinggal di rumah kerana baginya inilah ruang buat mereka mengenali dunia dan mengecam erti kebebasan.
3. Matang Memilih Pasangan
USIA 30-AN
Jika di usia 20-an jkaum lelaki asyik mencari sesuatu yang berbentuk hiburan, setibanya di fasa usia 30-an lelaki mula berubah menjadi seorang yang sangat mantang terutama dalam prihal hubungan. Dalam peringkat usia inilah mereka mencari arah untuk membentuk keperibadian diri serta menetapkan pasangan sebagai peneman hidup abadi selamanya.
4. Menetapkan Kestabilan Ekonomi
Peringkat usia ini juga digunakan untuk kaum lelaki untuk bekerja lebih keras bagi menjamin kestabilan ekonomi dirinya. Impian dan cita-cita untuk memiliki sejak usia muda diluahkan sebaiknya, bagi mereka inilah masa untuknya mengukuhkan kedudukan dari segi kewangan serta mengumul asset sebanyak yang mungkin agar pada masa dating hanya senyuman yang terukir.
5. Arif Perihal Politik Dan Dunia
Lingkungan usia ini juga melihat kaum lelaki lebih bijak dalam urusan mengatur masa hadapan dengan cemerlang. Oleh itu perihal dunia dan politik mula menjadi topic perbualan harian, tiada lagi kisah dongeng atau bual kosong untuk dibincangkan. Segala-galanya perlu fakta agar tidak ketinggalan kerana masa dan angan-angan.
6. Ingin Dihormati
USIA 40-AN
Apabila individu lelaki mencecah usia 40-am. Kebiasaannya kehidupan mereka leebih stabil dan ingin dirinyalebih dihormati dengan kedudukannya ketika itu. Selain ingin dikagumi, mereka sedaya upaya membentuk diri agar menjadi ikon untuk keluarga mahupun masyarakat.
7. Semakin Hebat Dalam Bergaya
Orang cakap semakin tua, semakin tinggi saham mereka. Memmang benar, apabila seseorang lelaki itu berada di lingkungan usia ini, mereka ibarat muda terkena simptom ‘gatal’. Ada juga yang mula perasan muda dengan bergaya sakan kerana enggan dilabel tua dan sebagai teknik mencuri perhatian pasangan.
8. Tidak Suka Perkara Remeh
Di usia begini, tahukah kamu lelaki lebih bersifat sensitive dan tidak gemar diperlakukan seperti budak-budak serta dambakan privasi. Jauhkan diri kamu dengan prihal remeh yang mungkin boleh menimbulkan kemarahannya, usah timbulkan persoalan pelik dan berbicara perkara tidak rasional sewaktu mula berbicara.