Boleh dikatakan semasa bercinta semuanya ‘sweet’ dan indah. Segala yang dikatakan akan dituruti olwh pasangan. Ramai pasangan beranggapan keindahan itu akan kekal sebaik memasuki alam rumah tangga.Berikut adalah cabaran yang bakal dilalui oleh pasangan selepas mendirikan rumah tangga.
- Sukar Tinggalkan Gaya Hidup Semasa Bujang
Perkara ini sememangnya biasa terjadi kepada golongan muda dan biasanya lelaki lebih sukar untuk mengubah perkaraini daripada golongan perempuan. Biasanya lelaki susuah untuk meninggalkan hobi mereka seperti lepak atau ‘mengeteh’ sehingga lewat malam ataupun menghabiskan masa bermain permainan video. Sepatutunya selepas berkahwin dan jika mempunyai anak di awal perkahwinan anda sepatutunya kurangkan perkara tersebut atau berhenti terus kerana buat masa tesebut anda sepatutnya melebihkan masa bersama anak atau isteri dan pada awal perkahwinan adalah waktu yang sangat penting untuk memastikan rumah tangga tersebut mampu bertahan ataupun tidak.
2. Kehidupan Rumah Tangga Tidak Seperti Yang Diharapkan Atau Diinginkan
Sebelum berkahwin semestinya anda telah merancang pelbagai perkara namun kebanyakkannya sukar untuk dicapai disebabkan pelbagai faktor dan disaat ini juga pasangan suami isteri biasanya akan mengenali kriteria atau perangai sebenar pasangan masing-masing. Pada waktu ini sangat penting untuk bertolak ansur dan jangan sebab tidak tutup lampu atau letak baju merata-rata sahaja anda bergaduh besar.
3. Pembahagian Tugas Dan Peranan
Perkahwinan adalah bermakna anda akan mempunyai tanggungjawab sebagai suami atau isteri dan seperti kebiasaan kita tahu yang tugas suami adalah mencari nafkah untuk keluarga dan menyediakan keperluan bagi keluarga seperti rumah, pakaian dan sebagainya. Isteri perlu menjalankan tanggungjawab untuk menguruskan urusan rumah tanggaseperti memasak serta menjaga anak. Tetapi hakikatnya, dalam zaman yang serba mencabar ini, [eranan ini belum tentu akan dapat digalas sepenuhnya oleh seseorang suami mahupun isteri. Pada masa kini, kos sara hidup yangserba meningkat tidak memungkinkan seorang suami menyara isteri dan keluarga sendiri.
4. Selalu Berbeza Pendapat
Perkara in sering menjadi isu di awal perkahwinan dan biasanya pasangan suami dan isteri akan bertekak dalam membicarakan perkara yang remeh-temeh dan masing-masing akan cuba mempertahankan ego masing-masing. Pada masa ini anda mungkin akan merasakan pendapat anda lebih baik dan perlu diikuti. Ini berlaku kerana sebekun berkahwin pasangan tersebut membuat keputusan sendiri tanpa perlu mengambil kira pandangan orang lain, namum setelah berkahwin b=kebanyakkan keputusan yang dibuat perlulah dipersetujui bersama.
5. Hubungan Dengan Keluarga Mertua
Selepas berkahwin, anda bukan sahaja telah menjalinkan hubungan dengan pasangan anda sahaja namum dengan seluruh keluarga pasangan anda juga. Disebabkan itu perlunya anda pandai bergaul dengan keluarga baru. Mungkin aka nada keluarga yang senang bergaul namun tidak mustahil terdapat sebilangan keluarga yang kurang peramah. Disini penting anda bersabar dan cuba untuk mengambil hati mereka dan untuk menyesuaikkan diri dengan keluarga mertua juga memerlukan masa, jika baik suami atau isteri perlulah bersabar dalam memahami sikap hidup keluarga mertua.