Bagi meraikan isteri yang berpenat lelah mengandung dan melahirkan anak, jadi tidak ada salahnya jika tidak ada salahnya jika suami memberi hadiah untuk isteri bagi menghargai pengorbanan mereka bertarung nyawa melahirkan zuriat anda sendiri.
Masa inilah suami dapat mununjukkan betapa cinta dan sayangnya suami terhadap isteri mereka. Jadi apa salahnya jika suami beri penghargaan kepada isteri anda dengan hadiah yang istimewa. Pasti senyum lebar isteri nanti.
- Alat Mekup
Dalam tempoh berpantang tidak semestinya isteri harus kelihatan selekeh dan tidak boleh bersiap cantik. Sebab itu, dengan pemberian alat mekup ini, ia dapat memberi isteri semangat untuk nampak cantik jika ada tetamu yang datang ke rumah menjenguk bayi dan ibu. Mesti isteri suka punyalah.
2. Jam Tangan Berjenama
Jam tangan juga boleh menjadi salah satu pilihan yang mampu membuatkan isteri teruja dan gembira. Namun anda perlu pastikan ia sama dengan saiz tangan isteri supaya tidak terlalu besar atau kecil.
3. Pakej Spa dan Urutan Badan
Bersalin merupakan saat yang meletihkan, jadi mmemang sesuai sangat kalau si suami hadiahkan isteri dengan pakej urutan badan ini. Ia dapat meregangkan otot yang sakit dan sengal selepas bersalin. Baru isteri dapat rileks.
4. Pakaian Baru
Mungkin selepas bersalin ada baju yang tidak muat atau tidak sesuai lagi. Jadi, apa kata anda hadiahkan pakaian baru untuk mereka. Tak pun kalau senang suruh sahaja isteri shopping online. Nanti anda bayarlah. Hehe
5. Kereta
Kalau selama ini isteri anda asyik berkongsi kereta dengan anda. Apa kata kal ini anda hadiahkan isteri dengan pemberian kereta untukny, ia tidak mampu standing dengan pengorbanan isteri anda melahirkan anak ya. Jadi apa salahnya. Mudah la lepas ini kalau dia ingin berjalan atau berjumpa dengan rakannya.