Hari-hari Bertekak, Tapi Anak Tetap Setahun Satu

Janganlah melampau-lampau ketika bergaduh

Disini saya ingin menyenaraikan beberapa perkara yang perlu diberikan perhatian oleh suami isteri dalam kehidupan rumah tangga mereka, yang dinyatakan oleh Ustaz Dota Kazim Elias dalam bukunya, Duhai Wanita Permaisuri Hati

Ingat, ada lapan perkara apabila suami isteri ertengkar, jangan sesekali menyebutnya!

  1. Jangan Menyebut Dan Melibatkan Ibu Bapanya

Kita ketika bertengkar hanyalah bergaduh dengannya bukan dengan ibu bapanya.

Maka jangan sesekali menyebut sesuatu yang boleh menghina ibu bapanya. Ucapan seperti “Menyesal aku terima pinangan mak ayah hang dulu…” atau “Mak dengan anak sama sahaja perangainya..” adalah satu ucapan yang seharusnya di jauhkan.

Ucapan-ucapan seperti itu adalah suatu penghinaan terhadap pasangan kita dan ibu bapanya.

Melibatkan ibu bapa dalam pergaduhan atau pertengkaran secara tidak langsung akan menyebabkan pasangan yang dihina ibu bapanya itu akan menjadi bertambah berang dan perkara yang lebih buruk mungkin bakal terjadi.

2. Jangan Sesekali Mengungkit Setiap Pemberian Yang Kita Berikan

Pasangan suami isteri yang diikat dengan ikatan pernikahan yang sah dan suci ini biasanya sudah bersatu hati untuk saling bekerjasama dan bantu-membantu dalam mengukuhkan rumah tangga yang telah dibina.

Antaranya adalah dengan menunjukkkan kasih saying dan memberikan barangan bersifat material kepada pasangan anda. Sabagai contoh, ada masanya kita belanja pasangan kita sepasang baju, tak pun memberinya bunga atau apa sahaja dengan tujuan ingin menggembirakan hatinya.

Jadi janganlah sesekali ungkit terhadap apa yang kita pernah berikan kepada pasangan kita. Jangan pula anda cakap sebegini “saya belikan abang baju yang mahal dulu, itu pun tak reti nak jaga…” atau “ Tak kenang budi, orang dah tolong banyak pun dia nak membebel lagi…”

Perbuatan itu hanyalah akan mengguris perasaannnya dan menunjukkan  bahawa anda tidak ikhlas dalam pemberian anda dahulu. Perbuatan mengungkit juga hanya akan merugikan pahala kita.

3. Jangan Sebut Kita Ingin Meninggalkannya

Gaduh seterok mana pun, janganlah sesekali kita berkata kepadanya bahawa inilahlah kali terakhir kita berjumpa dengannya dan selepas ini kita tidak mahu menemuinya lagi. Jangan pernah sesekali cakap seperti itu. Ini seolah-olah kita seperti sudah tidak mahu bersama dengan pasangan kita lagi. 

Terguris hati pasangan jika mendengar kata-kata seperti, “kalau abang tahu saying buat macam tu lagi, saying tak akan jumpa abang lagi..” atau “ Perangai awal ni buat saya nak kawin lagi sorang dengan orang lain tau tak?!…” Jangan perbesarkan masalah pergaduhan ini dengan kata- kata ini.

4. Jangan Bertengkar Depan Anak-Anak

Walaupun seteruk mana pun anda bertengkar, jangan sesekali bertengkar dihadapan anak-anak. Hal ini menjadi kebimbangan dimana ianya menjadi contoh yang tidak baik kepada mereka.

Ada suami yang mencengkam rambut isteri dihadapan anak-anak. Kemudian kepala digoncang-goncang dan didera dengan pelbagai tindakan lagi. Jangan lakukan ini didepan anak-anak bukan bermaksud kita boleh lakukannya secara sembunyi-sembunyi pula.

Tindakan ini akan dilihat oleh anak-anak sehingga boleh membentuk persepsi dalam minda mereka bahawa semua lelaki itu jahat. Atau bila perempuan buat salah maka lelaki boleh berkasar dengannya.

Bahkan, ianya juga boleh menyebabkan gangguan emosi anak-anak sehingga menyebabkan mereka fobia untuk berumah tangga kelak.

5. Jangan Mengangkat Tangan atau  Memegang Sebarang Objek

Jangan sesekali anda mengangkat tangan dengan tujuan untuk memukul isteri. Begitu juga sangatlah dilarang untuk menggunakan apa-apa objek dengan alas an untuk memukul, ia akan secara tidak langsung akan menambahkan keretakan rumahtangga, malah boleh menjadi kes dera tanpa kita sedar.

Jika seorang suamiitu suka mendera isteri, itu bermaksud dia bukanlah pasangan yang baik. Bahkan dia bukanlah pasangan yang kuat,, kerana orang yang kuat adalah orang yang mampu menahan sabar. Seharusnya anda sebagai ketua keluarga, kita perlu pandai dalam mengawal perasaan bukanya menyumbang kepada hubungan yang makin teruk.

6. Jangan Sebut Kekurangan Pasangan

Janganlah sesekali menghina isteri atau suami untuk apa tujuan sekalipun ketika anda bergaduh. Lebih-lebih lagi yang dihina itu adalah bahagian anggota tubuh badannya. Ini perkara sensitif buat pasangan.

Sewaktu kita bersetuju bernikah denganya, bermaksud kita juga setuju untuk menerima segala kekurangan yang ada pada dirinya. Walaupun kekurangan itu wujud selepas perkahwinan, kita harus menerima isteri seadannya.

Sentiasa ingatkan diri sendiri  untuk mengawal lidah semasa bergaduh. Bak kata orang-orang tua, terlajak perahu boleh berundur, terlajak kata buruk padah.

7. Jangan Tinggikan Suara Sehingga Ramai Orang Dengar

Ketika bergaduh ataupun bertengkar, jangan sesekali meninggikan suara dengan tujuan menengkinnya sehngga ramai orang yang boleh mendengarnya. Sebagai contoh, anda bertengkar di rumah elakkan meninggikan suara sehingga jiran kiri kanan dengar.

 Perbuatan ini hanya akan memalukan dan menjatuhkan maruahnya dihadapan semua orang. Lelbih-lebih lagi ditempat awam. Jagalah maruh pasangan kita. Maruah dia, maruah kita juga. Ia ibarat membuka pekung dan kelemahan kita dalam hidup berumah tangga. Pasangan yang ditengking itu pasti akan terasa dengan kita. Bahkan akan menjatuhkan dirinya daripada kita.

8. Jangan Bergaduh Dalam Tempoh Yang Lama

Jangan memanjang-manjangkan tempoh pergaduhan. Jangan lama-lama bertengkar, cukuplah hanya untuk sementara waktu. Sudah habis bergaduh, berdamailah. Kadang-kadang kita perlu buat tidak tahu sahaja yang kita bergaduh. Pujuklah pasangan kita dengan kata-kata yang menyejukkan jiwa.

Memanjangkan pergaduhan tidak dapt mengubah keadaan. Sebaliknya dengan bertenang dan berdamai itu lebih baik untuk membaiki hubungan atau masalah yang menimpa pasangan. Maka, jangan kita hanya bergaduh semata-mata untuk mahukan perhatian daripada pasangan.

Wujudkan rumahtangga yang harmoni. Walaupun perkara in adalah asam garam kehidupan rumah tangga, hendakalh kita mengawal emosi dan amarah kita. Jikak kita mahukan anak yang sihat akhlak dan rohaninya, maka perkara ini sebenarnya bermula daripada diri kita sendiri sebagai ibubapa. Kerana anak-anak belajar dari pemerhatian kelakuan ibu bapa mereka.

Leave a Comment

Your email address will not be published.